Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Ditegur Netizen Tidak Pakai Topi Keledar, Ini Jawapan Balas Siti Sarah

Zulaikha Yusof 14/05/2019 | 06:12 MYT
Penyanyi Siti Sarah menarik perhatian netizen selepas berkongsi sebuah video ketika sedang menunggang motosikal bersama suaminya, Shuib Sepahtu dan anak mereka.
Rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG) telah mengundang 'makcik bawang' gara-gara tidak mengenakan topi keledar ketika membonceng.
"Saya di culik," tulisnya secara ringkas.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut menegur akan kealpaan Sarah dan Shuib yang boleh mengundang bahaya.
"@rahmanchai: Pakailah topi keledar keselamatan, sayangilah keluarga anda. Anda mampu mengubahnya @shuibsepahtu"
"@abangnow: Helmet tak pakai ke?
"@lishalishacute: Helmet tak pakai, naik moto dok bervideo hish."
"@nurislam_nasrallah: Amboi sakannya tak pakai helmet."
"@ruzlink: Bahaya dik tak guna helmet."
Walau bagaimanapun, Sarah tidak berdiam diri malah membalas beberapa komen.
"Depan rumah je lagi pun moto tu tak boleh laju."
"Depan rumah je awak," tulisnya.
Shuib dan Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Saya di culik!!!!

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

#Siti Sarah #Shuib SepahTu
;