Laman Utama

Ditegur Pakai Seluar Jeans Selepas Seminggu Bersalin C-section, Ini Jawapan Scha Alyahya

gempak
Syafiqah Jalal
21/02/2021
11:30 MYT
Sponsor Banner
Ditegur Pakai Seluar Jeans Selepas Seminggu Bersalin C-section, Ini Jawapan Scha Alyahya
Selepas lebih seminggu bersalin, pelakon Scha Alyahya memaklumkan dia dan anak keduanya keluar rumah buat pertama kali untuk melakukan pemeriksaan di hospital.
Scha memuat naik fotonya bersama puterinya yang digelar ‘Baby L” ketika berkunjung ke hospital di akaun Instagram miliknya.
Namun apa yang menjadi tumpuan netizen adalah Scha dilihat memakai seluar jeans ketika masih berada dalam hari.
Malah rata-rata mempersoalkan bagaimana Scha dilihat selesa memakai seluar jeans tersebut selepas kurang dua minggu melahirkan bayinya secara pembedahan atau c-section
“Tak bergesel ke tempat caesar dengan seluar jeans tu?,” tanya salah seorang pengikutnya.
“Macam mana Scha pakai seluar? Getah tu tak kena belah hari tu ke…Seriau tengok,” bimbang salah seorang warganet.
“Boleh ke pakai seluar masa pantang? Tak sakit ke?,” soal salah seorang netizen.
Pun begitu, isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu tidak mendiamkan diri malah menjelaskan seluar yang dipakai itu adalah seluar untuk wanita hamil.
Maternity jeans kan ada,” jawabnya.
Selain itu, ramai yang turut kagum melihat Scha yang kelihatan lebih sihat dah tidak seperti wanita yang baru bersalin.
“Bersalin ke tak ni Kak Scha?,” musykil salah seorang warga maya.
“Caesar seminggu dah kuat bestnye,” puji salah seorang pengikutnya.
“Cepatnya back to shape..... macam baru semalam nampak besar perut, hari ni dah back to shape. Kalau macam ni setiap tahun boleh mengandung...,” kagum seorang netizen.
Scha melahirkan bayi keduanya pada 12 Februari lalu di sebuah hospital swasta di ibu kota.
Scha dan Awal selamat bernikah pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan anak pertama, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live