Ditegur Pakai Tudung Singkat, Wany Hasrita Balas Dengan Foto Terbaru - “Tapi.. Kalau Lagi Labuh, Lagi Cantik”

Azwa Rahman
Oktober 7, 2021 08:13 MYT
Penyanyi Wany Hasrita mencuri tumpuan pengikutnya apabila tampil dengan foto terbaharu mengenakan tudung yang menutupi bahagian dadanya.
Menerusi laman sosial Instagram, Wany berkongsi foto dengan persalinan serba merah jambu itu untuk tatapan umum.
“Okaylah. Kalau macam ni okay tak?” tanya Wany di ruangan kapsyen.
Perkongsian berikut dilakukan lantaran beberapa hari yang lalu, Wany menerima teguran daripada wargamaya apabila mengenakan tudung yang terlalu singkat sehingga memperlihatkan bahagian dadanya.
Menurut wargamaya, Wany sebelum ini cukup dikenali sebagai seorang selebriti yang sopan, menjaga pemakaian serta aurat dengan betul.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya memberikan reaksi positif terhadap OOTD (outfit of the day) nya itu berbanding foto sebelum ini yang bertudung singkat.
Macam ni baru okay. Barulah takde isu Wany dekat media sosial pakai tudung singkat,” komen seorang wargamaya.
So netizen okay tak dia pakai tudung camtu? Dia lepaskan geram tu,” usik seorang wargamaya.
Ini barulah Wani. Haritu Wana,” kata seorang wargamaya.
Sejuk mata memandang. Macam Wani yang dulu,” ujar seorang wargamaya.
Selagi menutup aurat, selagi tu okay,” tulis seorang wargamaya.
Macam ni lah baru manis. Tapi kalau lagi labuh, lagi cantik,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 85,000 tanda suka daripada pengikutnya.
#Wany Hasrita #Tudung Labuh #Tudung singkat