Ditegur Rai Birthday Party Anak Dengan Tema Huggy Wuggy, Wawa Zainal Balas Terima Kasih Kerana…
Syafiqah Jalal
03/09/2022 08:44 MYT
03/09/2022 08:44 MYT
Majlis hari jadi anak kepada pasangan pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Ahmad Fakharuddin Attar Suhairi dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang berlangsung baru-baru ini menjadi tumpuan.
Ia kerana gara-gara tema hari jadi yang dipilih iaitu kartun Huggy Wuggy telah disifatkan netizen sebagai karakter yang ganas dan menunjukkan contoh yang tidak baik terutama pada kanak-kanak.
“Jangan bagi anak taksub sangat dengan kartun ni. Kene banned dah kerana tak sesuai ditonton oleh budak-budak. Btw happy birthday Attar moga jadi anak yang soleh,” kata salah seorang pengikutnya.
“Kartun ni sebenarnya tak boleh bagi budak tengok, sebab pasal bunuh membunuh. Ibu bapa kena semak balik. Seram,” kata salah seorang netizen.
“Ada kenyataan beritahu patung ini tak elok. Cuba cari info pasal ini,” nasihat warga maya.
Tidak berdiam diri, Wawa tampil membalas komen salah seorang pengikutnya yang menegurnya.
“Yeke…terima kasih untuk info (informasi),” balasnya.
Selain teguran, ramai juga turut memberi ucapan hari jadi kepada anak mereka serta mendoakan Attar menjadi anak yang soleh.
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.