Hiburan

Ditemui Tidak Sedarkan Diri Di Rumah, Mael XPDC Dikejarkan Ke Hospital

gempak
Mya Amri
29/03/2017
08:32 MYT
Sponsor Banner
Ditemui Tidak Sedarkan Diri Di Rumah, Mael XPDC Dikejarkan Ke Hospital
Vokalis kumpulan XPDC, Mael telah dikejarkan ke hospital selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya.
Menurut pengurus kumpulan XPDC, Yazid berkata, penyanyi tersebut kini sedang berada di wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor .
"Semasa kejadian dia sedang berada di rumahnya kerana keadaannya begitu lemah selepas tidak makan disebabkan sakit gout yang dihidapinya.
"Mael masih tidak sedarkan diri dan kini berada di wad kecemasan sementara menunggu rawatan selanjutnya.
"Dia masih menerima rawatan daripada doktor untuk dimasukkan air kerana keadaan badannya yang agak lemah lagi sekarang ini.
"Dia mungkin akan dimasukkan ke dalam wad untuk mendapatkan rawatan susulan jika keadaannya menjadi semakin teruk," katanya.
Tambah Yazid, Mael telah mengalami penyakit itu sejak setahun lalu dan sering berulang-alik ke hospital untuk mengambil ubat.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024