Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ditikam 16 Kali, Gadis Maafkan Kekasih & Rancang Kahwin: “Biasalah Orang Bercinta…”

Maliah Surip
17/07/2023 13:34 MYT
Seorang gadis dari Indonesia yang sempat menjadi pemberitaan hangat selepas dilaporkan ditikam sebanyak 16 kali oleh kekasihnya mengumumkan akan berkahwin dengan lelaki tersebut.

Gadis yang dikenali sebagai Eka Wahyu Lestari, 23, juga mengatakan telah berdamai dengan kekasihnya, Fika Andrean Banjarnahor, 21, selepas insiden dirinya ditikam.

Malah dia kini dalam proses menarik semula laporan polis yang sudah dibuat agar kekasihnya tidak didakwa sekaligus melancarkan proses rancangan mereka berkahwin.

“Keluarga kami sudah berdamai. Saya juga dalam proses menarik balik laporan polis supaya dia dibebaskan kerana kami merancang bernikah,” ujar Eka seperti dilaporkan Detik.com.

Eka kemudian menegaskan sang kekasih tidak mempunyai niat membunuhnya meski sudah ditikam sebanyak 16 kali. Gadis itu melabelkan kejadian tersebut sebagai pertengkaran biasa pasangan kekasih.

"Sebenarnya dia tidak ada niat membunuh saya. Itu hanyalah pertengkaran biasa. Biasalah orang bercinta kan ada bertengkar, selisih faham sehingga kami bergaduh di dalam kereta itu, jadi terjadilah pertengkaran yang membuat kami sama-sama cedera,” katanya lagi.



Sebelum ini Eka dilaporkan ditikam bertubi-tubi dengan 16 kesan tikaman di sekitar perut dan tangan oleh kekasihnya selepas bergaduh di dalam kereta.

Lelaki tersebut kemudian kesian melihat Eka sudah tidak bermaya sebelum menghantar gadis itu pulang ke tempat kerjanya sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

#Bercinta #Kahwin #Viral #Indonesia #Gaduh #maaf #Gadis #Tikam
;