Hiburan
"Ditinggal Untuk Bercuti Semasa Saya Dimasukkan Ke Hospital .. Tertangkap Mesej Dengan Perempuan Lain .." - Isteri Ammar Alfian Tidak Ingin Berbaik
Isteri kepada pelakon sasa Ammar Alfian, Nelissa Nezam meluahkan rasa marah apabila melihat foto yang dimuat naik oleh suaminya di Instagram (IG) miliknya.
Menurut Nelissa dia tidak akan kembali bersama kerana Ammar tidak menghormati dirinya serta anak yang sedang dikandung.
"Inilah sebabnya mengapa saya tidak akan dapat kembali bersama dengan sampah ini.
"Dia tidak menghormati saya atau anak. Curang dengan saya.
"Saya ditinggalkan untuk bercuti semasa saya dimasukkan ke hospital. Tertangkap mesej dengan perempuan lain semasa 'baby shower'.
"Kembali dan berfikir dia boleh kembali kepada saya? Saya tidak fikir begitu sayang.
"Memuat naik gambar bersama tidak akan membuat saya kembali. Dia kini menggunakannya untuk mendapatkan saya untuk berjumpa dengannya.
"Saya tidak akan tunduk pada kebohongan dan permainan anda. Jangan ganggu saya lagi," tulisnya.
Menerusi Instagram Stories, Nelissa menyatakan gambar tersebut diambil hanya sekadar untuk tujuan kenangan anak.
"Foto itu diambil beberapa minggu yang lalu sebelum dia pergi bercuti untuk tujuan kenangan untuk anak.
"Ia juga sebelum dia ditangkap mesej dengan gadis-gadis lain sekali lagi.
"Semua gambar dan video saya yang dia muat naik adalah tanpa persetujuan saya untuk membuat ia kelihatan seperti kami kembali bersama. Kami tidak. Dan tidak akan.
"Kekurangan rasa hormat itu terlalu jelas. Dia tidak boleh biarkan saya hidup tanpa berasa tertekan sebelum saya melahirkan anak," tulisnya lagi.
Ammar telah memuat naik foto bersama Nelissa dengan kapsyen yang mengakui dirinya bukan seorang suami atau lelaki yang terbaik namun sedang berusaha untuk menjadi yang sempurna.
Terdahulu, rumah tangga Nelissa dan Ammar dilaporkan berantakan setelah dia sendiri mendedahkannya kepada khalayak menerusi posting di Instagram.
Dakwa Nelissa ketika itu, suaminya ditangkap curang sewaktu dia sedang hamil enam bulan.
Nelissa mendedahkan mereka kini sudah tidak tinggal serumah sejak Mei lalu.
BACA: "Tak Tinggal Serumah, Tapi Belum Bercerai" - Isteri Ammar Alfian Dedah Situasi Genting Perkahwinan
Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.