Ditipu Pembida Kasut Selepas Buat Lelongan, Radin Terpaksa Cari Pembeli Baru Dengan Harga Lebih Murah, Kumpul RM8,090

ZULHILMI JALIL
April 29, 2020 06:14 MYT

Pengacara dan penyampai radio, Radin mendedahkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan pembida kasut menerusi lelongan amalnya yang dilakukan baru-baru ini.

Menurut Radin, 30, jumlah lelongan amal yang berjaya dikumpul pada asalnya melebihi RM10,000 itu berkurangan selepas beberapa pembida mengelak daripada membuat pembayaran kasut yang dibeli.
"Kami berjaya mengumpul hasil jualan sebanyak RM10,075 dan kami terus menghubungi kesemua pembeli pada hari berikutnya.
"Kebanyakannya memberi kerjasama yang terbaik dan ingin menghulurkan bantuan dalam projek amal ini, namun ada sebahagian juga yang langsung tidak memberikan respons untuk proses pembayaran dengan tidak membaca DM, sekat saya, serta mengaku saja suka-suka dan menipu malah ada juga 'joy bidder'.
"Disebabkan itu kami terpaksa mencari pembeli baru untuk kasut yang gagal dijual dengan hargaan bidaan baru lebih rendah. Alhamdulillah, semua kasut berjaya dijual namun ada sedikit perubahan pada jumlah kutipan asal," katanya menrusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Terdahulu, pada 20 April lalu, Radin dan beberapa kenalannya bertindak melakukan lelongan amal secara live di Instagram.
Ia merupakan sebahagian daripada usahanya dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
BACA: “Alhamdulillah, RM10,075 Berjaya Dikutip” - Radin Lelong Kasut, Yeezy 350 Terima Bidaan Paling Tinggi
Dalam pada itu, Radin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang menyokong usahanya dalam membantu golongan yang memerlukan ketika berdepan dengan tempoh sukar ini.
"Selepas ini, kami akan menguruskan proses pembelian keperluan frontliners dan penyediaan makanan berbuka puasa kepada yang memerlukan.
"Dengan rendah hatinya, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua (pembeli), individu yang menyebarkan berita pasal lelongan dan rakan-rakan media yang turut serta dalam projek Ini. 'Kami bukan kaya, tapi pernah merasa tiada'," tulisnya.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan program yang menampilkan Radin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Radin #Kasut #Perintah Kawalan Pergerakan