Ditonton 530 Juta Kali, Anjing V BTS Jadi Haiwan Paling Popular Di TikTok
Maliah Surip
23/05/2022 13:49 MYT
23/05/2022 13:49 MYT
Bukan hanya manusia, ternyata haiwan atau apa sahaja konten yang disifatkan menarik dalam media sosial pasti akan menerima tontonan di luar dugaan.
Ini termasuklah seekor anjing yang merupakan haiwan peliharaan salah seorang anggota BTS, Kim Taehyung atau V.
V diketahui mula memelihara anjing yang diberi nama Yeontan pada tahun 2017. Yeontan juga dikenali sebagai Tannie.
Sejak itu, Yeontan menjadi sama penting dengan kehidupan dan aktiviti yang dilakukan seluruh anggota BTS. Para penggemar mereka atau ARMY melihat anjing tersebut membesar bersama anggota BTS sejak beberapa tahun lalu.
Dan sejak V memperkenalkan Yeontan kepada warganet sehingga kini, anjing tersebut telah menjadi haiwan peliharaan paling popular yang ditonton di dunia.
Menerusi laporan AllKPop, tagar #Yeontan telah melebihi angka 530 juta kali diguna dan ditonton di Tik Tok ; menjadikan ia haiwan pertama dunia yang popular dalam platform tersebut.
Tidak hanya di Tik Tok, haiwan tersebut juga cukup terkenal dalam platform lain termasuk Instagram, YouTube dan enjin pencarian Google.
V diketahui memelihara Yeontan selepas mahu menyelamatkan kehidupan haiwan tersebut yang didakwa mengalami masalah kesihatan dan sakit. Malah pada tahun lalu V berkongsi kedukaan selepas Yeontan telah menjalani dua kali pembedahan dan kedua duanya tidak berjaya.
Sikapnya yang memang sayang kepada haiwan kemudian membuat banyak peminat jatuh cinta dan menyifatkan V sebagai seorang ‘bapa sempurna’.