Laman Utama
Dituduh Bangga Anak Viral Pakai Baju Tak Kena Imej, Ini Jawapan Ibu Masya Masyitah…
Baru-baru ini, nama penyanyi Masya Masyitah kembali diperkatakan umum apabila dia mengenakan jumpsuit yang dipadankan dengan sehelai turtleneck sewaktu bercuti di Dubai.
Hal ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengikutnya yang rata-rata melihat kombinasi pakaian tersebut sebagai tidak kena dengan imej bertudung Masya.
Menerusi ruangan komen pada gambar yang telah dipadamkan itu, ada yang menganggap jumper berkenaan seperti pakaian dalam selain ada juga yang sudah berhenti mengikuti Masya di Instagram.
Justeru, menerusi sesi siaran langsung di platform berkenaan, Masya menyentuh secara santai mengenai isu baju berkenaan.
Menurut Masya, dia enggan mengambil peduli mengenai isu berkenaan dan membiarkan sahaja orang lain menularkan imej pakaian yang dipakai tempoh hari.
"Biarlah jelah orang nak viral, orang yang viral tu pun nanti dapatlah balasan dia,” ujar Masya.
Dalam masa yang sama, Masya turut memberitahu yang dia sentiasa positif dalam segala hal yang berlaku dalam hidupnya.
“Buat apa kita nak stress stress fikir negatif, biar kita fikir benda yang positif,” katanya.
Begitupun, ada juga netizen yang menyifatkan ibu Masya yang dilihat bangga anaknya viral dengan cara yang tidak elok.
Kenyataan tersebut di balas oleh ibu Masya: “Amboi nak mengata juga lagi. Takpa alhamdulillah. Apa yang kata tu, insya-Allah balik dengan ampa na,” katanya dalam loghat utara.
Terdahulu, Masya pernah dikritik kerana berpenampilan daring menerusi klip video terbaharunya, Simpanan.
Masya juga digelar ‘haiwan’ kerana menggunakan subang hiasan pada hidungnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video