Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

Dituduh Beli Followers Di IG, Ini Jawapan Amir Raja Lawak

Syafiqah Jalal
20/04/2020 09:08 MYT
Pelawak Amir Raja Lawak dituduh membeli ‘followers’ atau pengikut untuk akaun Instagram (IG) miliknya.

Tuduhan itu dipercayai dibuat oleh seseorang yang telah menghubunginya melalui mesej peribadi di IG.

Menerusi mesej tersebut netizen itu pada mulanya hanya bertanya adakah dia membeli followers.

Tetapi, apabila Amir menafikan perkara tersebut, netizen itu bagaikan tidak percaya.

“Aduhh.. Kena balas ‘yelah tu’ sahaja tak tahan tu, nampak sangat tak percaya haha..

“Saya punya followers ni nombor saje banyak tapi yang respon maintain sama je macam awal-awal buat akaun ni.

“Sesiapa tolong beritahu di mana ada jual follower, kot adik ni terbaca dan dia boleh beli dari orang tu,” tulisnya.

Amir berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik paparan skrim mesej peribadi tersebut.

Bakat Amir sebagai anak seni mula dibina selepas menyertai program Raja Lawak musim ketiga

Aduhh..kena balas ‘yela tu’ x tahan tu,nampak sgt x percaya,haha.. Sy punya follower nombo je byk ni,yg respon maintain sama je macam awal-awal buat,haha ? Sorang tlg info sape jual follower,kot adik ni terbaca dan dia blh beli dr org tu..

A post shared by Fb/Ig : Air Jagung Amirreka Hq (@amirrajalawak) on

#Instagram #Amir Raja Lawak #Followers
;