Gaya Hidup

Dituduh Beli iPhone 11 Pro Guna Duit PTPTPN, Pemuda Ini Tampil Beri Penjelasan Sebenar!

gempak
Hanafis Haris
10/10/2019
09:31 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Beli iPhone 11 Pro Guna Duit PTPTPN, Pemuda Ini Tampil Beri Penjelasan Sebenar!
Beberapa hari lalu, seorang pemuda menjadi kecaman warga netizen apabila video dia menayang telefon pintar iPhone 11 Pro ketika majlis konvokesyen viral di media sosial.
Rata-rata netizen menuduh pelajar tersebut menggunakan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membeli telefon pintar.
Tampil menjelaskan perkara sebenar, Amsyar Naaif Shahmaruddin, 24, berkata iPhone 11 Pro itu dibeli hasil titik peluh sendiri.
Menurusi Harian Metro, Amsyar menegaskan dia sebelum ini banyak melakukan kerja sampingan sebagai jurufoto.
"Memang betul saya menggunakan iPhone 11 Pro, tapi itu semua hasil titik peluh sendiri.
“Saya meraih pendapatan sampingan hanya menggunakan platform Instagram sendiri, malah banyak kali saya melakukan kerja sebagai jurufoto,” katanya.
Tambahnya, dakwaan sesetengan pihak mengatakan dia meminjam wang PTPTN juga silap kerana dia merupakan seorang penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
“Saya juga banyak mendapat job (kerja) termasuk dengan Huawei, Honor dan sebagainya.
“Sebaik tamat pengajian dan konvokesyen baru-baru ini, saya diserap masuk ke syarikat minyak dan gas di Kuala Lumpur,” katanya. Untuk rekod, tiga varian iPhone dilancarkan awal bulan lalu dengan menyaksikan harga bagi iPhone 11 bermula RM3,399, iPhone 11 Pro RM4,899 manakala iPhone 11 Pro Max pada harga RM5,299.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live