Pernah dituduh mempermainkan perasaan orang dengan memberi janji palsu, selebriti media sosial dan pempengaruh, Aisar Khaled mohon maaf.

BERITA TRENDING: Belikan Motor Lebih Mahal Untuk Abang Rider, Aisar Khaled Teruk Dikecam Netizen

Selain meminta maaf, Aisar menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram turut menjelaskan yang dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang.

Ujar Aisar, dia mengaku meminta penonton siaran langsung yang sering di buat di media sosial untuk memberi komen ‘nak’. Namun, dia hanya memberi ikut kemampuannya sahaja.

A post shared by ☆ ??????????? ☆ (@aisar_khaledd)


“Saya minta maaf kalau sebelum ini terberi harapan kepada semua. Sudah tiga tahun saya melakukan cara seperti ini, sebelum ini tidak ada sebarang masalah.

“Saya menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf dan saya akan cuba perbaiki untuk menjadi individu lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, nama Aisar panas kerana dituduh memberi harapan palsu kepada orang yang menyertai siaran langsung yang dilakukannya.

BERITA TRENDING: Aisar Khaled Buat Hal Lagi… Demi Content, Sanggup Baring Tengah Jalan, Ganggu Lalu Lintas

Terdahulu, timbul dakwaan yang mengatakan Aisar telah menipu ramai orang terutama penonton yang mengikuti siaran langsungnya di media sosial.

Aisar dikatakan meminta penonton untuk meninggalkan komen dan secara rawak, pemenang menerima hadiah termasuk dalam bentuk wang tunai.