Dituduh Berlakon ‘Kayu’, MK K-Clique Jawab Kritikan Netizen - “Kurang Berpengalaman.. Bukan Kayu”
Azwa Rahman
29/10/2021 05:45 MYT
29/10/2021 05:45 MYT
Anggota kumpulan K-Clique yang kini bergelar pelakon, MK tidak merasakan dirinya berlakon seumpama ‘kayu’ seperti yang dilabel oleh wargamaya di media sosial.
Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, dia cuma kurang berpengalaman memandangkan drama bersiri The Hotel merupakan drama lakonannya yang pertama.
“Dia bukannya ‘kayu’ cuma sedikit kurang berpengalaman. Dan saya nak belajar berlakon jadi alhamdulillah pengalaman tu dah ada. Insya-Allah lakonan seterusnya mana tahu kayu tu dah naik daun-daun, jadi bunga.
“Saya akan terus belajar lagi sebab bagi saya, berlakon ni beri kepuasan yang berbeza daripada membuat persembahan. Jadi bila berlakon ni, ada satu lagi kepuasan merasai karakter dan watak yang tak dapat kita lalui di luar,” ujar MK kepada Gempak.
MK ditemui ketika majlis pelancaran single terbarunya Iman Troye berjudul, Nang dan kempen PTTI 2 Juta Bangkit Belajar di Hotel Pullman, Kuala Lumpur pada Rabu.
Untuk rekod, MK dan Iman merupakan duta bagi pusat akademik PTTI.
Tambah anak kelahiran Tawau ini lagi, dia mengakui lakonannya di dalam drama bersiri The Hotel masih kedengaran loghat negeri Sabah dan tidak mahu menukar gaya percakapannya terlalu drastik.
“Alhamdulillah produksi bagi keselesaan pada saya untuk berlakon which is saya masih boleh gunakan loghat Sabah tapi tidaklah terlalu pekat, asalkan penonton faham.
“Saya masih baru dan alhamdulillah orang-orang di sekeliling beri peluang ini untuk saya bercakap tanpa perlu menukar bahasa secara drastik, belajar teknik lakonan dan dari segi menjiwai karakter, alhamdulillah,” jelasnya lagi.
Selain MK, antara bintang yang turut membintangi drama bersiri The Hotel adalah Mira Filzah, Sean Lee, Daler Yusof, Datin Eina Azman, Farah Ahmad dan ramai lagi.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!