,
Hiburan

Dituduh Berseronok Dengan Rakan Lelaki Songsang, Khai Bahar Maafkan Pemfitnah! - "Kalau Nak Bercakap Kena Ada Bukti

Umirah Halim
18/01/2024
00:00 MYT
Penyanyi Khai Bahar menjelaskan bahawa dia memilih untuk memaafkan individu yang mendakwanya berseronok dengan rakan lelaki songsang di Langkawi ketika ibunya, Rosnah Muhammad, 62, sedang sakit sebelum meninggal dunia pada 2 Januari lalu.
Biarpun bengang dengan dakwaan yang dilemparkan tersebut, Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin bagaimanapun enggan memanjangkan isu berkenaan, selain menganggap ia juga sebagai jalan untuk dia memperbaiki diri.
“Saya maafkan orang yang buat cerita itu. Kalau betul saya iyakan. Saya keluar dengan kawan dan orang terdekat. Saya berkawan dengan semua orang dan saya tak memilih.
“Tapi, bila ada yang pertikaikan dan cakap saya keluar bercuti dengan orang sedemikiam, kenapa tak muat naik gambar sekali.
“Ada juga yang cakap itu teguran untuk saya sebab mak tengah sakit, tapi saya di Langkawi. Saya pun tak jangka perkara ini dan begitu juga adik-beradik lain. Kami tak sempat hendak tengok mak buat kali terakhir.
“Jadi dengan perkara ini mungkin saya dapat perbaiki salah silap, walaupun tah tahu apa sebenarnya yang individu berkenaan mahukan,” katanya ketika ditemui Gempak pada sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 di Dadi Cinema Pavilion.
Dalam pada itu Khai turut menyatakan bahawa tidak sepatutnya timbul dakwaan sedemikian kerana dia lebih mengenali rakan-rakan yang bercuti bersamanya pada ketika itu.
“Perkara ini mudah sahaja, saya bercuti di langkawi dengan empat kawan baik yang memang kami sudah kenal dari dulu. Mereka juga kawan saya juga di kampung, kalau pergi mana-mana memang dengan mereka.
“Tapi bila individu ini cakap perkara tak betul, jadi disebabkan itu saya marah. Kalau hendak cakap kena ada bukti.
“Apa yang membuatkan saya hikang sabar kerana ia membabitkan mak saya.
“Saya tak ambil tindakan undang-undang, cukuplah dengan perkara sebegini individu itu buka kesalahan sendiri. Cukuplah saya maafkan dan bersuara cukup setakat itu sahaja,” tegasnya.
Terdahulu, kecoh di sosial media apabila seorang pengguna TikTok menegur Khai kerana bercuti bersama rakan-rakan yang didakwa lelaki songsang.
Difahamkan, individu tersebut menasihati Khai agar tidak lagi bergaul dengan mereka kerana arwah ibunya mahu penyanyi itu memilih jalan terbaik dalam hidup.

Berita Trending: “Cukuplah, Aku Pergi Dengan Kawan-Kawan Baik Aku” - Khai Bahar Jawab Tuduhan Liar Netizen Mengenai…

Bengang apabila rakannya itu dituduh songsang, Khai meminta individu berkenaan berhenti menimbulkan spekulasi tentang dirinya dan menyebarkan fitnah yang tidak benar.
Sementara itu, Khai turut berkongsi bahawa dia masih perlukan masa untuk mengembalikan semula semangatnya apabila ditanya mengenai keadaan selepas pemergian ibu tercinta.
“Alhmadulillah saya makin baik sebenarnya, masih lagi sedih. Bukan tak terima tapi perlu bagi masa. Semua orang mengalami perkara ini.
“Saya kena ambil masa untuk dapatkan semangat. Saya masih kerja dan jalankan tugas.
“Saya banyak duduk dengan kawan-kawan kerana mereka yang banyak bagi sokongan dan membantu. Kalau seorang diri, saya banyak berfikir,” tambahnya.
Terdahulu, ibu Khai disahkan meninggal dunia dalam tidur kerana dilaporkan menghidap pelbagai penyakit seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan hati.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarah Yasmine Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Sebar Fitnah, Langgar Perintah Mahkamah

gempak
08/10/2024
03:55 MYT
Bekas kekasih gelap pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sekali lagi memuat naik hantaran menyatakan bahawa dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap satu pihak.
Hiburan

Intan Najuwa Berang Difitnah Pernah Keluar Kenyataan ‘Tutup Aurat Tak Jamin Syurga’ - “Saya Tak Pernah Cakap Ayat Ni…”

gempak
04/10/2024
10:38 MYT
Pelakon, Intan Najuwa naik berang apabila telah menjadi mangsa fitnah pihak tidak bertanggungjawab .
Hiburan

“Saya Lebih Rela Diam Sekarang, Bukan Kalah Atau Mengiyakan Fitnah" - Dewi

gempak
04/10/2024
01:26 MYT
Isu rumah tangga pasangan usahawan dan pempengaruh Jofliam dan Cik Epal masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial.
Hiburan

Difitnah Curang Dengan Staf Sendiri? Jofliam Tampil Pertahan Diri - “Setelah Saya Sedar, Saya Dengan Cik Epal Bukan Lagi Suami Isteri.."

gempak
30/09/2024
08:25 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam tampil meluahkan rasa kecewa kerana telah difitnah curang.
Hiburan

“Nak Berniaga Shopee Sekalipun Jangan Sampai Fitnah Orang” - Ryzal Ibrahim Geram! Tegur Sikap Pemfitnah Rumah Tangga

gempak
30/09/2024
00:55 MYT
Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim menegur tindakan sebuah akaun Facebook yang menyebarkan berita tidak benar mengenai hal rumah tangganya.
BorakSeeni