Hiburan
Dituduh Berskandal Isteri Orang, Anwar Amzah Tampil Bela Diri
Nama pemain gitar Anwar Amzah tiba-tiba menjadi bualan netizen gara-gara perkongsian yang dibuat menerusi Instagram Story miliknya semalam.
BERITA TRENDING: Tidak Dengki & Gaduh, Aina Abdul Adore Ernie Zakri, Bukan Hanya Muncul Di Konsert Siap Ada Plan Duet!
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, Anwar mendedahkan yang dia menerima DM yang menuduhnya mempunyai hubungan terlarang dengan rakan artis, penyanyi Ernie Zakri.
Anwar menerusi perbualan telefon bersama Gempak berkata, dia pada awalnya enggan mengambil kisah mengenai hal tersebut.
Namun, disebabkan terlalu banyak DM yang diterima daripada akaun Instagram berbeza, ternyata dia harus berbuat sesuatu.
“Saya tak suka benda fitnah ini makin menjadi-jadi pula. Tolonglah hentikan. Saya sangat menghormati Kak Erni dan Syamel. Mereka berdua merupakan insan seni yang sangat profesional.
“Tolong jangan laga-lagakan kami. Sebab saya mahu cari makan (rezeki) dalam industri muzik,” katanya kepada Gempak.
Anwar menambah, dia mengambil keputusan untuk memanjangkan hal tersebut kepada pasangan suami isteri berkenaan bagi mengelakkan sebarang perkara yang memudaratkan ketiga-tiga mereka pada masa akan datang.
BERITA TRENDING: “Kami Tak Pernah Gaduhlah” - Ernie Zakri Okay Dengan Nadeera Zaini, Hormati Antara Satu Sama…
“Saya ada hubungi Syamel juga dan memberi penjelasan serta berkongsi cerita ini, dia memahami dan sangat profesional dan dia ok. Saya tak nak perkara perkara sebegini boleh melaga lagakan kami,” katanya lagi.Untuk rekod, Anwar yang cukup terkenal dengan petikan gitar akustiknya pernah bekerjasama dengan Ernie menerusi beberapa akustik termasuk Gempak Jam Session.
Must-Watch Video