,
Laman Utama

Dituduh Buat Bisnes Jual Baju Ketat, Pemilik Butik Pakaian Muslimah Tampil Dengan Penjelasan - "Pilihan Semua Di Tangan Sendiri"

Zulaikha Yusof
06/05/2021
04:26 MYT
Pemilik butik fesyen terkenal Leeyana Rahman, Yana Lee mendedahkan sering menerima mesej yang mempertikaikan kenapa dia menjual koleksi baju yang ketat.
Jelas Yana, dia hanya seorang penjual namun keputusan untuk membeli datang daripada pelanggan.
Katanya, golongan wanita harus bijak membuat keputusan dalam pemilihan baju.
"Kenapa baju @leeyanarahman.co semua sendat-sendat eh? Kenapa semua ketat-ketat eh?
"Memang nak buat bisnes menjurus orang untuk masuk neraka ke? Selalu dapat direct message (DM) macam ini.
"Jawapan dia, saya hanya jual baju. Pilihan semua di tangan sendiri. Pemilihan baju boleh merubah segalanya. Jadi kita sebagai perempuan, kena bijak dan buat pilihan yang tepat," tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram (IG).
Tambahnya lagi, setiap orang berbeza pendirian, masing-masing ada cara tersendiri untuk menggayakan pakaian yang dibeli.
"Ada orang nak pakai ketat, ada nak pakai longgar, ada nak bagi nampak slim, ada nak bagi nampak chubby sikit, ada nak tutup dada, ada yang nak punggung nampak kecik, macam-macam la," tulisnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Arabella Tak Berani Nak Pakai Baju Terdedah Sebab ...

gempak
30/09/2024
08:55 MYT
Kian meniti populariti, pelakon baharu Arabella Ellen mengakui takut untuk memakai baju terlampau terdedah atau seksi kerana telah diberi ingatan oleh ibunya.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Berita

Apa Maksud Disebalik 8 Jenis Warna Baju Banduan Di Penjara Malaysia

gempak
05/08/2024
11:27 MYT
Sering kali kita melihat baju dipakai banduan yang dikenakan hukuman penjara kan. Sebenarnya, setiap warna baju itu tersimpan maksud yang melambangkan peringkat kesalahan mereka. Jom kita kenali maksud disebalik warna-warna ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Baju Dikatakan Tiru Penyanyi Wanita Lain, Shazreen Shaharum Respons – “Kita Dalam Dunia Fesyen, Pusing-Pusing Akan Tersama”

gempak
29/07/2024
09:25 MYT
Penyanyi yang juga peserta Gimme The Mic Malaysia, Shazreen Shaharum menyifatkan lagu Cinta yang dipersembahkannya pada minggu kedua Gimme The Mic sangat sukar biarpun pernah mendendangkan lagu tersebut di sebuah majlis konvokesyen sebelum ini.
Viral

Pemuda 22 Tahun Bergaya Outfit RM900,000, Netizen Auto Jealous! - “Baiklah Duit Guna Beli Property”

gempak
21/07/2024
08:55 MYT
Satu video tular baru-baru ini menarik perhatian ramai pihak apabila ia mempamerkan seorang jejaka berusia 22 tahun memakai pakaian bernilai hampir RM900,000.
BorakSeeni