Laman Utama

Dituduh Cuba Pisahkan Ameena & Shakilla, Fizi Ali; "Salahkah Seorang Ayah Nak Bersama Dengan Anaknya?"

gempak
Amri Hassan
14/11/2023
02:27 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Cuba Pisahkan Ameena & Shakilla, Fizi Ali; "Salahkah Seorang Ayah Nak Bersama Dengan Anaknya?"
Penyampai radio, Fizi Ali tampil berkongsi luahan hatinya dan respon terhadap dakwaan netizen dirinya cuba memisahkan anak perempuannya dengan bekas isteri, Shakilla Khoriri.

BERITA TRENDING: Sedih Fizi Ali Datang Majlis Graduasi Anak Tapi Anaknya Tak Muncul-Muncul!

Tulis Fizi menerusi hantaran di Instagram Stories, dia tidak terlintas sama sekali untuk memisahkan anaknya dan bekas isteri, namun menuntut haknya sebagai seorang bapa.
"Saya tak pernah tergamak nak pisahkan anak dan mak. Saya nak hak saya sebagai seorang ayah.
"Salahkah seorang ayah yang nak bersama dengan anaknya? Kenapa perlu lupakan anak saya setelah apa yang saya ada?
"Insya-Allah Ameena, daddy jumpa awak nanti," tulisnya.
Terdahulu, di ruangan komen Instagramnya, seorang pengguna menuduhnya cuba memisahkan anak perempuannya dan bekas isteri selain meminta Fizi agar memberikan fokus kasih sayang buat anak tirinya.
"Dah ada anak tiri, layan dan bagi kasih sayang tu kat anak tiri dan buat anak baru. Biarlah Ameena dengan ibu dia, jangan dipisahkan.
"Itu ini pun bersyukurlah Ameena dijaga dengan ibu yang sangat sayangkan dia dan bertanggungjawab pada anak dia.
"Jadi hiduplah dengan aman. Dunia pun tak lama dah pun, asalkan nafkah anak tu jangan lupa. Berbahagialah," tulis individu berkenaan.
Justeru, Fizi memohon orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya meletakkan hukum dan berbicara tanpa fakta tepat.
"Tolonglah korang sebelum bercakap, tolong banyak membaca dan ambil tahu fakta. Kadang apa yang korang cakap melanggar fakta dan itu lagi menyedihkan.
"Saya pun tak bagus dalam agama, tapi apa yang basic, insya-Allah saya ambil tahu," tegasnya.
Terdahulu, Fizi hadir membawa jambangan bunga buat Ameena pada majlis graduasi itu, namun sehingga majlis tamat, kelibat Ameena tidak kelihatan dan ia membuatkan dirinya sebagai bapa ralat kerana tidak dapat menonton persembahan Ameena.
Fizi pernah bernikah dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 dan sah bercerai pada Disember 2021.
Namun, pada 23 Oktober lalu Fizi selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024