Dituduh Curang Dan Kaki Perempuan, Ini Jawapan Safawi Rasid

Badrul Hashim
Mac 7, 2020 07:20 MYT
Ketika ini masih hangat di sosial media yang membicangkan perihal pemain bola sepak Safawi Rasid dan kekasihnya pelakon Syifa Melvin.
Kisahnya bermula apabila Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat seorang pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang dipaksa berkahwin oleh teman wanitanya.
Baca: "Beri Tekanan Setiap Hari Suruh 'Boyfriend' Kahwin.." - TMJ Dedah Ada Pemain JDT Dipaksa Kahwin Oleh Teman Wanita
Bermula daripada situ, episod kisah Safawi Rasid dan kekasihnya Syifa Melvin mula diperkatakan satu persatu di ruang media sosial oleh netizen.
Baca: “Dia Tak Perform Atas Padang Tak Kena Mengena Dengan Personal” – Syifa Melvin
Baca: "Saya Minta Maaf!" - Safawi Rasid
Baca: “Berapa Banyak Gaji Dia Pun Saya Tak Tahu" - Syifa Melvin Nafi Minta Duit Safawi Untuk Sara Hidup
Netizen kemudiannya mula menuduh Syifa sebagai wanita pengikis apabila mengumpulkan bukti-bukti hadiah yang diberikan oleh Safawi kepada Syifa.
Baca: Alamak! Netizen Kantoikan Hadiah Barang Mewah Safawi Rasid Untuk Syifa Melvin
Tidak habis di situ, netizen pula mengumpulkan bukti-bukti bahawa Safawi adalah kaki perempuan dan curang kepada kekasihnya.
Baca: "Belakang Makwe Dating Dengan Orang Lain.." - Netizen Dakwa Safawi Rasid Curang?
Kisah-kisah tersebut pastinya disambut oleh pihak media yang membuat laporan kisah antara mereka. Namun, Safawi tidak berpuas hati apabila kisah lamanya diungkit kembali, biarpun kisah itu dicungkil oleh pihak netizen.
Pada satu posting Instagram Stories miliknya semalam, Safawi sekali lagi meminta supaya tidak diungkit kisah lama, walaupun ianya ditujukan kepada media.
"Assalamualaikum, hai media, jangan nak kaitkan benda ni lagi, benda ni dah lepas, kau nak laku kau punya akhbar macam-macam kau Throwback!!!
"Kau kena jaga perasaan semua orang!!! Jangan nak up kau punya page!" tulis Safawi pada IG Stories miliknya.
Semalam ada pihak yang mendakwa Safawi dan Syifa tidak lagi mengikuti Instagram masing-masing, tetapi setelah diselidik, mereka masih lagi mengikuti antara satu sama lain.
#Safawi Rasid #Syifa Melvin