Laman Utama

Dituduh Edit Gambar Untuk Nampak Tinggi, Ini Jawapan Eina Azman

Gempak
08/09/2022
07:00 MYT
Pelakon Datin Paduka Eina Azman memberitahu dia kerap menerima pertanyaan mengenai berat badan dan ketinggiannya setiap kali membuat ‘live’ di laman sosial.
Menurut pelakon drama The Maid 2 ini, terdapat segelintir netizen yang mengatakan dia menyunting semua gambarnya untuk kelihatan lebih tinggi.
“Semua orang, setiap kali saya buat live mesti tanya fasal berat dan tinggi saya. Ada yang cakap ‘agak-agaklah edit tinggi macam tu’.
“Ya Allah, saya dah tak tahu nak jawab macam mana dah. Sebab setiap hari saya live orang akan tanya fasal tinggi.
“Ke lepas ini saya live, kena letak jawapan dekat pin? Tinggi saya 173,” kata Eina ketika membuat live di aplikasi TikTok.
Biarpun dituduh menyunting gambarnya, namun Eina tetap kelihatan tenang menjawab segala persoalan daripada netizen.
Malah, rakan Eina yang turut berada dalam ‘live’ tersebut mengatakan pelakon cantik itu tidak pernah menyunting gambar dan sememangnya tinggi.
“Sangat tinggi… seriously, tinggi gila. Kalau nak cakap pun, kena pandang atas. Buat apa nak edit bagi tinggi.
“Kalau tak percaya, tengok Aubrey pun tinggi,” kata rakan Eina.
Dalam pada itu, Eina kini sedang muncul dalam drama bersiri The Maid 2.
The Maid 2 ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Musim kedua drama ini menemui pengikut setianya dengan pengembaraan terbaru yang lebih dramatik.
Peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana lakonan Sherry Alhadad, Nadia (Datin
Paduka Eina Azman) dan Fika (Ezzaty Abdullah) selepas mereka diceraikan oleh Jay (Norman Hakim) penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.
Dalam The Maid terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”

gempak
28/09/2023
01:55 MYT
Wah banyaknya!
Laman Utama

[VIDEO] “Just Nak Wish Macam Biasa, I Love You”- Eina Azman Mohon Suami Jangan Buat Lagi, Tak Sanggup Lalui Fasa Overthinking

gempak
23/03/2023
23:55 MYT
Eina kata Sayang please jangan buat lagi.
Laman Utama

"No...You Don't Even Wish Me!" - Rupanya Eina Azman Merajuk Sebab Suami Tak Sambut Birthday Tapi Ada Yang Tuduh Marketing?

gempak
18/03/2023
07:41 MYT
Ada pula kata marketing?
Laman Utama

Selepas Menangis Beri Bayangan Seperti Tak Dihargai, Terkini Eina Azman Akui 'Down' - "Life Must Go On..."

gempak
16/03/2023
01:49 MYT
Eina Azman Rasa Tak Dihargai?
Laman Utama

Nazar Untuk Suami Baik Dari Covid-19, Eina Azman Bawa Ke Umrah Buat Kali Ke-2

gempak
29/10/2022
02:41 MYT
Eina Azman Bawa Suami Ke Umrah Buat Kali Ke-2