Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dituduh Guna Cable Sampai Boleh Jadi Duta Pelbagai Produk, Fazley: “Memang…”

Izwan Isa
13/06/2022 03:50 MYT
Umum mengetahui yang cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob kini bergelar duta untuk pelbagai jenis produk makanan. Antara yang popular termasuklah Starbucks, Manhattan Fish Market dan juga Krispy Kreme.

Namun, kejayaan pengsohor itu mengukir nama dalam bidang kulinari menimbulkan cakap-cakap nakal oleh netizen.

Terbaharu, penyanyi lagu Asmara Ini itu dituduh mempunyai cable yang kuat sehingga mampu meraih kejayaan sedemikian rupa.

“Kuat betul cable Chef Fazley tu eh. Semua kedai tepek muka dia,” tulis seorang netizen di Twitter yang kemudiannya dimuat naik semula oleh Fazley di Instagram.

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)


Fazley di ruangan kapsyen tangkap layar berkenaan berkata, kejayaan yang dikecapi paca hari ini adalah tidak lain berkat doa dua wanita hebat dalam hidupnya iaitu ibu dan isteri.

“Memang kabel saya kuat! Kabel doa ibu dan isteri sehari 5 kali yang wajib dan doa berkali-kali yang sambil-sambil masak, sambil-sambil tengok Netflix, sambil-sambil kemas baju, sambil-sambil basuh pinggan.

“Kabel memang kuat bhai! Nak try kabel saya tak?” tulis Fazley.

Menerusi ruangan komen, pengikut Fazley rata-rata memberikan kata-kata positif terhadap juara MasterChef Selebriti Malaysia itu.

“Kalau nak tahu, tu lah kabel level hardworking person. Never stop progressing brother.”

“Laah… dah rezeki dia la tu. Itu yang dimaksudkan rezeki tak salah alamat. Kita ni jangan la dok Phd.”

“Rezeki masing-masing... Cuba jangan ada rasa iri hati or sakit hati. Doa yang baik-baik untuk orang lain dan ia akan berbalik pada diri sendiri.”

Sementara itu, penyanyi tersohor Anuar Zain turut memberikan kata-kata semangat terhadap hantaran yang dibuat oleh Fazley.

“Semoga Allah SWT sentiasa merahmati mu Adikku. Aamiin Yaa Rabb,” tulisnya ringkas.

#Produk #Restoran #Fazley Yaakob #Cable