Laman Utama
Dituduh Homoseksual Gara-Gara Minum Air Jari Kelingking Ternaik, Ezzul Kebab Kraze Beri Penjelasan!
Usahawan muda yang popular dengan jenama Kebab Kraze, Ezzul Ezdihar tampil mengulas dakwaan yang mengatakan dirinya homoseksual gara-gara videonya minum air sambil jari kelingkingnya ternaik.
Jelas Ezzul, walaupun dirinya masih solo, dia menafikan sekeras-kerasnya punyai nafsu sejenis.
“Ramai yang kata saya gay sebab video jari kelingking naik masa pengang straw dan sebab rapat sangat dengan Adib, aku tak gay.
“Saya single bukan sebab saya gay tapi sebab saya busy kerja, saya buat penjelasan ini sebab tak nak jodoh saya lari, yang lain biarlah orang nak kata apa, saya tak boleh tutup mulut orang,” katanya kepada Astro AWANI.
Pemilik jenama Kebab Kraze ini juga menafikan bahawa dia mempunyai aplikasi cari jodoh hubungan sejenis.
Menurutnya mungkin ada mereka yang tidak bertanggungjawab cuba menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.
Pada masa sama, keakraban hubungan Ezzul dan Adib dilihat sangat jelas sejak mereka berdua tular sehingga ada yang mengatakan bahawa Ezzul cuba menumpang populariti usahawan Banana Dibs itu.
Namun bagi tuan empunya badan, dia sendiri tidak kisah dikatakan cuba menumpang populariti Adib.
“Kami tiada kompetisi antara satu sama lain, siapa dapat lebih kita support, siapa yang kurang pun kita support.
“Tapi kalau ada yang kata saya tumpang populariti Adib, ya betul memang saya tumpang pun, saya bangga saya tumpang populariti Adib (sambil tawa).
“Biarlah orang nak cakap apa, mulut orang ni kita tak boleh nak tutup tapi apa yang penting kami sentiasa menyokong antara satu sama lain,” katanya.
Sumber: Awani
Must-Watch Video