Dituduh Jadi Isteri Tiada Fungsi Kerana Biarkan Suami Masak, Reen Rahim; “Pergi Mamp*s, Kacau Ayah Kau Ke?”
24/02/2023 02:00 MYT
Sesi soal jawab soalan yang dilakukan pelakon Reen Rahim di laman Instagram miliknya baru-baru ini telah menarik perhatian ramai.
Ini kerana, menerusi sesi tersebut, Reen menerima pertanyaan daripada seorang individu yang mempersoalkan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri apabila membiarkan suaminya, Ahmad Nur Hazim yang memasak di dapur.
“Suami yang masak? Kau apa fungsi jadi bini?” soal individu tersebut.
Tidak mendiamkan diri, Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, membalas pertanyaan tersebut dengan menyatakan itu bukan menjadi satu masalah dan tidak mengganggu urusan individu itu.
“Eh eh sakit betul hati dia, sakitnya hati dia dengan kita kan. Biar lah, pergi mamp*s kalau aku ada fungsi atau tidak pun, kacau ayah kau ke? Tak pun kan.
“Ok lah suami aku masakkan untuk aku daripada dia masakkan untuk bini kau macam mana?” ujar Reen.
Dalam pada itu, Reen turut menerima satu lagi soalan daripada pengikutnya yang bertanyakan di mana dia menjumpai suami rajin seperti Hazim.
Dalam nada berseloroh, aktres berkenan menjawab dia menjumpai suaminya itu menerusi platform jual beli atas talian popular, Shopee.
“Beli dekat shopee adik, dekat situ ada jual. Boleh pilih suami yang pandai masak. Tengah offer sekarang.
“Saya sebenarnya suka je masak, saya selalu masak untuk dia. Tapi ikut mood juga, kalau rasa tak nak masak maka tidak lah saya masak.
“Kalau mood dia yang datang bersemangat nak masak, nak sepahkan dapur, jadi dia yang akan masak,” tambahnya.
Untuk info, Reen sah bergelar isteri kepada Hazim dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Baraombak Marina, Putrajaya pada 24 Disember tahun lalu.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.