Dituduh Jual ‘Content’ Sedih & Anak-Anak Sepanjang Tahun, Bella Astillah Tampil Respons – “Ada Momen Bukan Saya Yang Rakam Tapi…”
Gembira Dengan Anak-Anak
Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, dia menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mengaku gembira bersama kehidupannya kini.
“Pertamanya saya tak tahu bila menjual cerita sedih itu, saya rasa tiada. Alhamdulillah.
“Mungkin bila ia berkait dengan anak-anak pasti kita rasa macam rindu anak, bukannya fasal cerita sedih atau lain.
“Buat masa ini, memang tak ada. Saya sangat gembira dengan keluarga saya. Kehidupan makin baik,” kongsinya kepada Gempak.
Bella ditemui pada majlis bersama media untuk single kolaborasi bersama penyanyi Nabila Razali iaitu CACACA di ibu kota pada Isnin.
Dituduh Jual Content Anak
Tambah Bella lagi, dia turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia menjual anak-anak sebagai kandungan di media sosial.
“Alhamdulillah, sibuk dengan kerja mencari rezeki, itu yang menjadi fokus utama.
“Menjual content anak itu tiada juga sebab anak-anak selalu dengan saya.
“Ada momen-momen bukan saya yang rakam tetapi orang lain seperti momen belakang tabir.
“Tapi tanggapan masing-masing, mungkin saya tak salahkan sesiapa. Okey saja, saya terima komen negatif itu sebagai pembakar semangat dan yang postif buat saya lebih baik,” jelasnya lagi.