Dituduh Kantoi Bercium? Baby Shima Mahu Saman Netizen; “Bukti Dah Ada Dalam…
Penyanyi berkontroversi, Baby Shima berang apabila dituduh bercium dalam salah satu babak di filem terbaharu yang dilakokannya berjudul BIKO.
Menerusi hantaran di Instagram, Shima bagaikan hilang kata-katanya bagi menjawab pertanyaan netizen mengenai perkara tersebut.
Malah, penyanyi itu mengatakan dia boleh bertindak untuk menyaman individu yang menuduhnya sekiranya dia mahu.
“Shima tak tahu dah nak cakap macam mana lagi, ramai sangat orang DM (mesej) saya cakap pasal ini.
“Bukti dah ada dalam filem tu, dekat pawagam nanti boleh tengok sendiri dengan jelas, kalau nanti tak nampak juga, kalian memang saja nak kenakan shima.
“Nak saman boleh je!” tulisnya pada kapsyen.
Sementara itu, pelantun lagu Pura-Pura Bujang itu turut berkongsi tangkap layar beberapa soalan daripada netizen yang ‘menuduhnya’ bercium.
“Shima tadi saya nampak dekat TikTok, betul ke Baby Shima berlakon cerita ini cium mulut?
“Cium mulut ke dalam filem?,” antara soalan netizen yang dikongsikan Shima.
Dalam pada itu, di ruangan balas, ramai yang bersimpati dengan nasib penyanyi berusia 30 tahun itu dan menyokong tindakannya sekiranya mahu menyaman individu yang menuduhnya.