Dituduh Langgar Kontrak Sehingga Mahu Disaman Pengasas Produk, Ruhainies Beri Jawapan – “Takkan Nak Kerja Percuma?”
Gempak
02/02/2024 11:55 MYT
02/02/2024 11:55 MYT
Syarikat produk Aurebella Beauty bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies yang didakwa telah melanggar kontrak apabila menarik diri daripada menjadi duta produk mereka iaitu Mixberries Royal Women.
Dama sidang media yang diadakan sebentar tadi, Pengarah Urusan merangkap pengasas bersama Aurebella Beauty, Mohamad Aiman Hakim Nur Hashim mendakwa Ruhainies gagal menjalankan tugasnya sebagai duta produk itu sehingga mendatangkan ketidakpuasan hati syarikat terhadap prestasi kerjanya.
“Secara kasarnya kami tidak berpuas hati dengan prestasi kerja Ruhainies selepas dua bulan dilantik sebagai duta.
“Banyak perkara yang tidak dilakukan namun pihak kami masih belum boleh mendedahkannya,” katanya.
Tambah Aiman, tindakan pelakon itu telah menyebabkan dirinya mengalami masalah kemurungan yang sangat teruk. Bukan itu sahaja, syarikatnya juga mengalami kerugian yang sangat besar susulan penarikan diri Ruhainies sebagai duta.
“Saya alami kemurungan yang sangat teruk susulan kejadian ini. Tindakan Ruhainies telah merendahkan kredibiliti kami dan juga syarikat dan ianya bagi kami adalah satu penghinaan yang jelas.
“Pengunduran Ruhainies telah menyebabkan syarikat kami mengalami kerugian daripada majlis pelancaran, produk yang telah dicetak nama Ruhainies dan juga jualan daripada master stokis yang bersetuju untuk bersama kami,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Aiman turut memberitahu yang pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang selain menuntut dua perkara kepada Ruhainies.
“Kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut dua perkara.
Pertama ialah Ruhainies perlu menanggung semua kerugian yang syarikat kami alami dan dia juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka,” katanya.
Sementara itu, Ruhainies pula berkata dia sama sekali tidak menandatangi sebarang kontrak untuk menjadi duta kepada produk syarikat tersebut.
Dakwa Ruhainies lagi, dia juga tidak menerima bayaran sebagai duta bagi produk yang dikeluarkan.
“Isu ini sebenarnya sangat straightforward. Saya tidak menandatangi sebarang kontrak sebagai duta kepada produk tersebut. Bayaran pun masih ada tertunggak.
Saya tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut. Siapa yang mahu bekerja tanpa bayaran kan? Takkan nak kerja percuma?” katanya.
Ruhainies sempat memberi pesanan buat mana-mana pengasas produk untuk tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan terhadap selebriti.
“Jangan ada niat jahat dan mempergunakan golongan selebriti dalam perniagaan,” katanya.