Dituduh Mandul Tiga Kali Cerai Tanpa Anak, Dewi Perssik Bekukan Sel Telur
Maliah Surip
14/03/2024 12:55 MYT
14/03/2024 12:55 MYT
Tidak mudah menjadi seorang Dewi Perssik. Biar terkenal sebagai penyanyi dangdut namun kehidupan peribadinya tidak seindah karier yang dijalani.
Dewi Perssik yang senang disapa Depe diketahui sudah tiga kali menjadi janda. Menerusi perkahwinannya sebelum ini bersama Saipul Jamil, Aldi Taher, hingga Angga Wijaya, Depe belum pernah memiliki cahaya mata.
Justeru, selebriti yang berusia 38 tahun itu sempat dituduh mandul oleh banyak pihak.
Kini setelah menerima lamaran daripada kekasih barunya Rully yang merupakan seorang pilot, Depe mempersiapkan diri menjadi seorang ibu sekaligus menepis dakwaan dirinya hamil.
Walaupun belum ke jenjang pelamin, penyanyi tersebut telah melakukan langkah besar dengan proses freeze egg atau pembekuan telur.
Sebagaimana diketahui, tujuan membekukan sel telur adalah usaha mempersiapkan sel telur yang sihat agar boleh digunakan pada waktu yang diinginkan.
Menurut Depe, bukan satu kesalahan buatnya untuk melakukan pembekuan telur walaupun belum berkahwin. Justeru dia berasa tidak salah mendapatkan khidmat pakar untuk melakukan proses tersebut.
“Ramai yang tanya kenapa saya melakukan pembekuan telur kerana belum punya suami.
“Saya fikir melakukan pembekuan telur bukan hanya untuk orang yang sudah berkahwin tapi yang belum ada suami juga boleh berbuat demikian,” kata Depe menerusi perkongsian terkini di akaun Instagramnya seperti dilaporkan Viva.co.id.