Laman Utama
Dituduh Menipu, Man Raja Lawak Buat Laporan Polis – “Saya Nak Tengok Setakat Mana Berani Budak Tu…”
Selepas dituduh menipu oleh seorang individu di laman sosial Instagram, Man Raja Lawak bakal membuat laporan polis.
Menurut Man, tindakan tersebut diambil kerana tuduhan dilemparkan individu tersebut terhadap dirinya melampau.
“Saya akan buat laporan polis. Saya berada di pihak yang benar dan saya tidak takut. Saya ada semua bukti yang akan dibawa bersama nanti.
“Budak tu pun terlampau berani sangat, jadi biarlah saya bawa perkara ini ke tengah. Kita nak tengok jugalah sampai mana berani dia tu.
“Kalau dapat kenal pasti siapa dia, saya nak pergi jumpa dan minta dia jelaskan apa tujuan dia sebenarnya,” katanya.
Man berkata, pada mulanya dia enggan melayan komen yang ditulis individu tersebut namun lama-kelamaan provokasi dilihat semakin melampau.
“Mula-mula memang tak nak layan sebab saya tahu di media sosial ni ada yang suka, ada yang tak suka
“Tapi lama kelamaan budak tu macam mencabar pula. Kalau dia menggunakan fake akaun sekalipun saya akan cari
“Kalau dia ada bukti, saya minta dia kemukakan. Tapi kalau tak ada bukti tunggulah pembalasannya nanti
“Tujuan saya muat naik komen dia di Instagram adalah untuk memberi peringatan juga kepada yang lain-lain supaya tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan maruah orang lain.
[[BACA: “Konon-Konon Hero Sedekah Ribu-Ribu, Padahal Tak Buat Pun…” – Man Raja Lawak Dituduh Menipu]]
“Saya ni ada keluarga, ada kawan-kawan. Bila tuduhan macam tu timbul ramai yang bertanya. Jadi baik kita bawa ke muka pengadilan,” katanya lagi.
Tambah Man lagi, dia tidak mempunyai musuh dan tidak sangka akan dituduh sebagai penipu.
“Saya pun pelik, saya tidak bermusuh dengan sesiapa. Kawan pun tak ramai, itu pun kenal dari kecil dan memang rapat.
“Saya hidup ni kalau boleh memang tak nak ada musuh langsung sebab seorang musuh tu lebih berbahaya daripada seribu kawan.
“Saya sentiasa bersangka baik. Saya tak tahulah kalau ada musuh dalam selimut, depan baik belakang tikam ke apa,” katanya.