Dituduh Pergi Konsert Aina Abdul Percuma, Che Ta Selamba Balas - “Tolong Eh, Kita Tak Harap Tiket Free”
Mya Amri
21/11/2023 04:55 MYT
21/11/2023 04:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya hadir ke konsert A Night With Aina Abdul 3.0 baru-baru ini menggunakan tiket percuma.
Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ini menjawab tuduhan itu menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
Menurut Che Ta, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar dan dia merupakan antara selebriti yang sangat memberikan sokongan kepada artis tempatan.
“Amboi siapa yang mulut jahat kata saya pergi konsert Aina Abdul tu sebab dapat tiket percuma. Eh come on, saya sentiasa sokong artis tempatan okay.
“Kalau korang perasan saya tak pergi tengok konsert artis antarbangsa. Saya sokong Anuar Zain, Ziana Zain, Aina Abdul dan artis lain yang saya minat.
“Tapi pembetulan ya, saya tidaklah mengharapkan tiket free, tidak sama sekali,” ujarnya. undefined
Malah kata Che Ta, dia juga sanggup melalui perjalanan yang panjang selama enam jam semata-mata mahu menghadiri konsert itu.
“Saya ini sanggup lepas habis shooting 17 November terus balik KL, 6 jam duduk dalam kereta, kembang pungkoq aku ni.
“Lepas tu habis sahaja konsert pada 18 November malam tu, terus gerak ke Teregganu. Pagi 19 November itu terus pergi shooting.
“Jadi tolong eh, kita tidak mengharapkan tiket free je nak pergi tengok konsert,” ujarnya.
Selain Che Ta, konsert Aina itu juga turut dihadiri oleh Ziana Zain.
Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung dengan meriah di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan kehadiran hampir 10,000 penonton.
Aina telah menyampaikan sebanyak 34 buah lagu antaranya Sepi, Semalam, Terus Hidup, Shadow, Puas Sudah, Sumpah, Kelip-Kelip dan banyak lagi.
Konsert berkenaan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi jemputan iaitu Khai Bahar, Lah Ahmad dan Haziq Rosebi.

BERITA TRENDING: Memang Next Level! Busana Biru Keluar Asap! Bunga Siap Berpusing, Aina Abdul Berhabis RM400,000 Hanya Untuk Baju Konsert!