Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dituduh Punca Pulau Digelar Filem Lucah, Ini Respon Ms Puiyi - "Sebenarnya Saya Takut Dan..."

Syafiqah Jalal
03/03/2023 03:29 MYT
Pempengaruh yang baru berjinak dalam dunia lakonan, Ms Puiyi akui agak gementar untuk menanti maklum balas dari penonton tentang lakonannya dalam Pulau iaitu filem yang mencetuskan kontroversi.

Pun begitu, Ms Puiyi atau nama lengkapnya Siew Pui Yi, 24, dalam masa yang sama yakin ramai yang teruja untuk menantikannya di pawagam bermula 9 Mac nanti.

"Sebenarnya, saya berasa agak takut dan berdebar untuk menanti maklum balas dari penonton selepas ia ditayangkan kepada semua.

"Tapi dalam masa yang sama saya juga percaya ramai yang teruja hendak menanti tayangan filem Pulau di pawagam," katanya kepada Astro Gempak.

Ms Puiyi ditemui selepas tayangan perdana Pulau di GSC, The Starling, Petaling Jaya pada Selasa.

Pulau mula mencetus kontroversi selepas treler asalnya menayangkan babak panas yang dilakonkan oleh Ms Puiyi dan dalam masa yang sama ia mendapat kecaman kerana pelakon wanitanya yang lain turut tampil berpakaian mencolok mata dan kurang sopan.

Sejak itu, nama Ms Puiyi terus menjadi sebutan malah sempat diberi gelaran simbol seks oleh warga maya.

Ms Puiyi bagaimanapun berkata kepada media dia tidak mahu terlalu memikirkan tanggapan orang pada dirinya.

"Tentang simbol seks itu saya tak mahu ambil pusing. Saya sebenarnya tiada masalah untuk melakonkan watak atau imej seksi dalam lakonan.

“Bagaimanapun, kalau beraksi erotik dalam platform lain saya dah tidak lakukannya lagi. Sekarang fokus saya banyak tertumpu sebagai seorang DJ kelab malam.

"Lagi pun kadang-kadang jadi DJ pun, saya kena beraksi seksi bergantung kepada acara atau festival yang saya terlibat sama,” jelasnya.

Mengenai perkembangan kariernya pula, Puiyi berkata, dia kini sedang menceburi kerjaya sebagai DJ di kelab malam serta bakal muncul dengan beberapa filem lain.

"Sebagai DJ kelab malam, kadang-kadang saya juga perlu beraksi seksi bergantung pada acara dan festival dijayakan.

"Selain DJ, saya juga menjadi penerbit muzik. Saya juga merancang untuk muncul dengan single tidak lama lagi.

"Selain itu, saya juga akan memberi fokus pada projek filem dan ada beberapa filem yang akan dilancarkan tidak lama lagi," katanya.

Selain Ms Puiyi, filem arahan Euho itu menampilkan bintang popular Amelia Henderson,Alif Satar, Ikmal Amri, Sanjna Suri, Namron, Wan Hanafi Sudan ramai lagi.

#Filem #Lucah #Pulau #Dituduh #Punca #Ms Puiyi