Dituduh Sebagai Penagih Dadah, Bagaimana Hubungan Serena & Blair Boleh Baik? Apa Pula Drama Untuk Episod Malam Ini?
Episod tiga Gossip Girl Indonesia yang ditayangkan Isnin lalu boleh disifatkan antara yang paling ‘happy ending’ buat kesemua watak.
Selain itu, hubungan dua rakan baik antara Serena dan Blair juga sungguh tidak disangka-sangka.
Bayangkan Serena terlebih dahulu dimalukan oleh Blair yang menuduhnya sebagai penasih dadah di hadapan pelajar sekolah.
Namun, kesemua itu terlerai sebaik adik kepada Serena iaitu Alex menjelaskan kisah sebenar yang berlaku di pusat pemulihan.
Namun persoalannya, apakah drama baru yang bakal berlaku? Mengenali drama Gossip Girl, tiada yang kekal bahagia buat kesemua watak!
Nantikan episod empat yang ditayangkan di On Demand serta Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam.
Untuk makluman, Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.