Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dituduh Tak Berpantang Hingga Jatuh Peranakan, Emma Maembong Tampil Jelaskan- "Saya Dah Biasa Kerja & Aktif"

Syafiqah Jalal
18/05/2023 23:46 MYT
Pelakon Emma Maembong tampil menjelaskan mengenai dakwaan kononnya dia tidak menjaga diri dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua baru-baru ini.

Malah ada pihak tidak bertanggungjawab melaporkan mengenai dirinya kini menanggung akibatnya selepas didakwa tidak berpantang.

"Pada mulanya saya tak mahu menghiraukan apa yang orang perkatakan tentang diri saya baru-baru ini tetapi lagi saya diam, ia menjadi sudah melampau.

"Alhamdulilah saya sihat tiada pun sampai yang kata saya menangis, jatuh peranakan lah. Itu semua (tuduhan) itu fake (palsu). Saya berpantang, jangan risau.

“Saya berpantang dengan confinement lady. Saya dah buat dah semua benda seperti bertungku, tangas, urut, sauna dan pakai bengkung," jelasnya.

Emma berkongsi penjelasan itu di Instagram miliknya.

Menerusi hantaran itu Emma memuat naik video dirinya tentang tuduhan serta dakwaannya yang dikatakan tidak berpantang.

Dalam masa yang sama, Emma turut menjelaskan mengapa dia dilihat bergerak aktif seperti wanita baru lepas bersalin.

"Sebenarnya alhamdulilah daripada anak pertama sampai anak kedua, saya bersalin secara normal tapi tiada yang koyak dan tak kena jahit. Jadi, saya boleh geraklah sikit-sikit. Sebenarnya ikut atas badan masing-masing.

"Malah saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila saya aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kita kena jaga.

“Cuma saya taklah sertai marathon (pertandingan larian). Takkanlah sebab orang lain tak boleh nak bangun dan bergerak, korang nak samakan dengan saya. Tak payah beriya-iya samakan cara orang berpantang,” tegasnya penuh sinikal.

Terdahulu aksi Emma mendukung anak pertamanya, Shariq Gabriel, 2, selepas baru tiga hari bersalin telah mengundang kebimbangan di kalangan netizen.

Pelakon itu yang ketika majlis akikah serta cukur jambul anaknya dilihat bukan sahaja bersahaja mendukung anaknya itu malah telah meriba dna bersila putranya.

Emma selamat melahirkan bayi lelaki keduanya yang berat 3.4 kilogram itu secara normal di sebuah pusat perubatan pada Rabu.

Untuk rekod, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

#Jatuh #Berpantang #Peranakan #Emma Maembang
;