Hiburan

Dituduh Tak Jaga Edah, Ini Jawapan Padu Bella Astillah!

gempak
Amri Hassan
11/06/2019
10:45 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Tak Jaga Edah, Ini Jawapan Padu Bella Astillah!
"Saya boleh duduk rumah berkabung tapi you kena transfer duit, tak boleh kan?" ini jawapan padu bekas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah ketika dituduh tidak menjaga tempoh edah.
Bella yang terkilan dengan tuduhan sedemikian memberitahu tujuannya aktif di Instagram atas tuntutan mencari rezeki untuk anak tunggalnya, Mohamad Ayden Adrean.
"To be honest, saya keluar semuanya cari rezeki untuk Ayden. Bukan tak pandai jaga edah tapi saya ada ayah dan mama untuk jaga saya.
"Tapi saya bukan happy-happy, bukan enjoy untuk sara hidup anak saya. Kalau saya tak bekerja, anda bukan mahu tolong saya pun," tambah Bella lagi.
Jelas Bella, setiap posting di Instagram merupakan tuntutan kerjanya berdasarkan kontrak yang telah ditandatangani sebelum bercerai dengan Aliff.
"Sebelum terjadi apa-apapun saya sudah tandatangan kontrak dengan IG shop jadi saya perlu teruskan kerja.
"Disebabkan kejadian itu, tiga bulan saya tak boleh mempromosikan apa-apa?
"Tak adillah untuk mereka," kata Bella.
Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia dua tahun.
Foto: Pepatung, Pinography
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024