Hiburan

Dituduh Tak Mengucapkan Takziah Kepada Bunga Citra Lestari, Pihak Pengurusan Siti Nurhaliza Tampil Jernihkan Keadaan

gempak
Asraf Aided
19/02/2020
09:23 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Tak Mengucapkan Takziah Kepada Bunga Citra Lestari, Pihak Pengurusan Siti Nurhaliza Tampil Jernihkan Keadaan
Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dituduh tidak mengucapkan takziah kepada Bunga Citra Lestari (BCL) atas kematian suaminya, pelakon Ashraf Sinclair semalam.
Perkara itu dibangkitkan oleh seorang netizen di laman Twitter yang mengatakan Siti tidak mengucapkan takziah kepada BCL disebabkan kesibukan mempromosi muzik video.
Namun begitu, netizen terbabit telah menjumpai komen Siti mengucapkan takziah kepada BCL di laman Instagram dan memohon maaf kerana telah tersilap sangka.
Tidak berdiam diri, pihak pengurusan penyanyi nombor satu negara itu, Rozi Abdul Razak tampil menjernihkan keadaan.
"Mengenal Siti @CTNurhaliza11 dia prihatin, tak kisah di mana menzahirkan rasa tetapi pasti dia tak lupa," tulisnya Twitter. Terdahulu, Ashraf meninggal dunia awal pagi Selasa akibat serangan jantung.
Ashraf dan BCL berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berusia 10 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live