Dituduh Zalim, DBKL Sekolahkan Netizen Isu Roboh Gerai Ikan Singgang Di Kampung Baru
Gempak
22/01/2024 05:55 MYT
22/01/2024 05:55 MYT
“Zalim!” itulah luahan netizen setelah melihat beberapa gerai ikan singgang dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kampung Baru awal pagi tadi.
Menerusi perkongsian di Platform X oleh seorang individu, dapat dilihat beberapa video pendek menunjukkan proses merobohkan tempat berkenaan yang sedang dijalankan oleh majlis dewan bandaraya.

BERITA TRENDING: Influencer Dakwa Dirinya Pejuang, Tak Menangis Ketika Dilahirkan! - "Aku Lahir Untuk Takluk 7 Benua"
Bagaimanapun, hantaran itu tidak diterima baik oleh segelintir warganet yang menyifatkan tindakan itu sebagai zalim terhadap penjaja-penjaja di situ.
Susulan dakwaan yang dilemparkan, DBKL menyatakan bahawa penjaja-penjaja telah ditempatkan semula di medan selera yang lebih kondusif untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
Sekadar info, seramai 26 penjaja gerai ikan singgang telah ditempatkan semula di lokasi baharu iaitu Medan Selera Singgang MADANI@Batu Bata, Titiwangsa.
Sumber: Platform X