Hiburan
Ditutup Selepas Tragedi 12 Kanak-Kanak Terperangkap, Gua Tham Kembali Dibuka Bermula...
Masih ingat lagi Gua Tham Luang terletak di Taman Negara Tham Luang Khun Nam Nang Non, Thailand?
Gua ini pernah menjadi perhatian ramai susulan operasi menyelamat 12 kanak-kanak yang terperangkap dalam tragedi banjir gua tahun lalu.
Disebabkan tragadi berkenaan, gua tersebut ditutup buat sementara waktu.
Berita baik untuk anda yang berhajat untuk kesana, ia dikatakan telah kembali dibuka sejak 1 November lalu.
Menerusi laporan Astro Awani, sekurang-kurangnya 2,000 pelawat dilaporkan mengunjungi taman ini bagi melihat secara dekat kawasan operasi menyelamat yang mengemparkan dunia itu..
Terletak di daerah Chiang Mai, gua terbabit dibuka bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang waktu tempatan.
Bagaimanapun hanya 20 pelawat dibenarkan masuk ke gua itu dalam satu masa dan perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa.
Pada yang tidak tahu, pada 23 Jun 2018, 12 pelajar serta jurulatih kelab bola sepak Wild Boars itu terperangkap di dalam gua berkenaan susulan hujan lebat yang membanjiri laluan masuk.
Paras air yang meningkat menyebabkan kesemua mangsa terperangkap selama 12 hari di dalam gua berkenaan sebelum diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat dari beberapa negara.
Sumber: Astro Awani