,
Laman Utama

Diugut Jangan Datang Pulau Pinang, Caprice Dedah Terima Lebih 60 Ancaman Bunuh - “I Have Been Under 24/7 Security..”

Azwa Rahman
14/09/2021
09:25 MYT
Penyanyi rap Caprice mendedahkan telah menerima hampir 60 ugutan bunuh dalam masa dua bulan kebelakangan ini.
Menurut pemilik nama sebenar Ariz Ramli ini, 33, dia berada di dalam kawalan pengawasan selama 24 jam setiap hari sejak pulang daripada Mesir pada 6 September lalu demi keselamatan dirinya.
“Dalam masa dua bulan ni Caprice terima over 60+ real ugutan bunuh, nak jumpa depan gate, nak turun office Caprice, nak ajak jumpa, nak ugut jangan sampai Penang dan macam-macam lagi.
I have been under 24/7 security sejak sampai Kuala Lumpur. It is not fun nor is it funny. We can do this by law or we can open a charity kick boxing match your team vs my team.
“Settle with the law, or settle in the ring, I'm ok. But don't leave threats and expect me to keep my mouth shut I'm not that guy,” ujarnya menerusi ruangan IG Story.
Menjawab pandangan seorang pengikutnya yang meminta agar dia melaporkan pada pihak polis, Caprice akui dia berasa penat.
“Penat jugak bro kalau kena buka balik IG, cari ugutan masing-masing, buat 60+ cover report.
“Kita dari Mesir, Jordan, KLIA dan sekarang kuarantin, tak dapat singgah Bukit Aman lagi,” jelasnya lagi.
Caprice juga memaklumkan mahu memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis bagi menyelesaikan beberapa perkara berbangkit.
“Insya Allah lepas habis kuarantin Caprice nak fokus balik bisnes dulu, family, misi dan selepas tu dapat kerjasama dengan pihak @pdrmsia_official untuk settle isu-isu yang lain ni. Kita sentiasa fight insyallah,” kata pelantun lagu 5 Minit ini lagi.
Terdahulu, Caprice berkongsi menerima ugutan menerusi laman Instagram yang memintanya untuk tidak datang ke negeri Pulau Pinang kerana dikhuatiri dia tidak akan kembali.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

gempak
19/11/2024
02:25 MYT
Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Viral

"Selagi Tak Tidur Setilam, Tak Duduk Sebumbung, Selagi Itulah Tak Kenal Kita" - Che Ta Pot Pet Dedah Ramai Rakan Artis Menjauh

gempak
06/11/2024
10:08 MYT
Penyanyi dan usahawan popular Pulau Pinang, Che Ta Pot Pet mendedahkan ramai rakan selebriti mula menjauhkan diri darinya selepas perniagaan kosmetik yang diusahakan sejak bertahun-tahun lalu ditimpa ujian.
Hiburan

Kongsi Gambar Mata Lebam, Shila Amzah Dedah ‘Penang’ Pernah Buat Dirinya Trauma - “Ubai Tahu Segala-Galanya…”

gempak
29/10/2024
21:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengimbau kembali trauma yang pernah menghantuinya sejak lebih 10 tahun lalu.
Sukan

Bekas Jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F Tiago Peluk Islam

gempak
16/10/2024
02:44 MYT
Bekas jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F Tiago memeluk Islam selepas meninggalkan kepercayaan agama lamanya.
Hiburan

Makan Nasi Kandar & Mandi Pantai, Afgan Tak Sabar Nak Buat Konsert Di Pulau Pinang

gempak
01/10/2024
01:55 MYT
Menurut Afgan atau nama sebenarnya, Afgan Shahreza,35, dia mungkin akan meluangkan masa beberapa hari di Pulau Pinang selepas selesai mengadakan konsertnya nanti.
Unitar