Laman Utama

Diuji Dengan Masalah Jantung, Ramai Terkejut Lihat Keadaan Terkini ‘Abang Rambut Ketak’ Nas Ahmad - “Lainnya Dia Sekarang”

gempak
Izwan Isa
05/01/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Diuji Dengan Masalah Jantung, Ramai Terkejut Lihat Keadaan Terkini ‘Abang Rambut Ketak’ Nas Ahmad - “Lainnya Dia Sekarang”
Jika anda menggemari berita hiburan, pastinya nama wartawan penyiaran Nas Ahmad dekat dengan diri anda.
Popular dengan gelaran Abang Rambut Ketak dan Abang Terjah, Nas Ahmad seringkali merupakan wartawan ikonik yang cukup terkenal menerusi sebuah program hiburan suatu ketika dahulu.
Namun, menerusi kemas kini pengacara dan penulis lirik Ahmad Fedtry Yahya di Twitter baru-baru ini, kesihatan Abang Nas Ahmad dikhabarkan tidak berada dalam keadaan baik.
Difahamkan, Abang Nas Ahmad kini mengalami masalah jantung. “Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung,” tulis Fedtri ringkas.
Menerusi ruangan balas, ramai yang tidak menyangka apabila melihat keadaan terkini Abang Nas Ahmad.
“Lainnya dia sekarang. Semoga dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan dengan secepat mungkin."
“Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan pada Abang Rambut Ketak.”
“Lama tak nampak di TV. Semoga dipermudahkan segala urusan.”
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024