Laman Utama

DJ Sonic Cedera Jatuh Dalam Bilik Air, Kena Lima Jahitan Tepi Kening!

gempak
Amri Hassan
08/10/2023
04:50 MYT
Sponsor Banner
DJ Sonic Cedera Jatuh Dalam Bilik Air, Kena Lima Jahitan Tepi Kening!
Penyampai radio, Awang Suffian Awang Hussein, 44, atau lebih dikenali sebagai DJ Sonic cedera di atas kelopak mata ketika mahu mandi di rumahnya pada Sabtu.
Akibat kejadian itu, DJ Sonic memerlukan lima jahitan di bahagian luka terbabit.
"Doakan urusan saya. Masa nak mandi tadi jatuh! Koyak atas mata! Doakan Allah mudahkan urusan saya. Kena lima jahitan.
"Doktor yang rawat pun tahu yang saya nak beraksi (hosting) malam nanti. Jadi dia jahit halus-halus.
"No worries saya ok. Cuma nak doa kalian untuk saya diberikan kesihatan paling tertinggi," tulisnya di Instagram.
Bagaimanapun kecederaan itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugasan mengaracakan sebuah program di Sibujaya, Sarawak.
"Hilang sakit bila tengok semua yang datang! Syukur untuk doa-doa kalian. Alhamdulillah.. hosting saya berjalan lancar!
"Lepas makan ubat, baru saya rasa sangat ngantuk dan ubat bius habis time..baru saya rasa denyut-denyut kat dahi!" kongsinya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live