Berita
“DM Saya Jika Bermasalah Untuk Melahirkan, Menjaga Bayi”- Abby Abadi Bantu Masalah Pembuangan Bayi
Abby Abadi mencuri perhatian ramai selepas dia mengambil seorang anak angkat lelaki baru-baru ini.
Anak yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh itu diambil sebaik sahaja dia meluahkan rasa inginnya untuk mempunyai cahaya mata di akaun Instagram (IG) miliknya.
Terbaharu, menerusi entri terkininya, Abby Abadi meminta jika ada mana-mana pihak atau ibu yang mempunyai masalah untuk melahirkan serta membesarkan bayi mereka supaya menghubunginya untuk dibantu.
Menurut Abby bayi yang baru lahir tidak minta dilahirkan untuk membawa masalah.
Malah dia meminta agar ibu-ibu yang tidak mahukan bayi yang dilahirkan supaya tidak sesuka hati membuang kerana ramai lagi pihak yang menginginkan cahaya mata.
Terdahulu, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun bersama Norman Hakim.
Namun mereka bercerai pada tahun 2008.
Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.
Dia kemudian berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: IG Abby Abadi
Must-Watch Video