Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“DM Saya Jika Bermasalah Untuk Melahirkan, Menjaga Bayi”- Abby Abadi Bantu Masalah Pembuangan Bayi

Syafiqah Jalal
04/07/2018 05:12 MYT
Abby Abadi mencuri perhatian ramai selepas dia mengambil seorang anak angkat lelaki baru-baru ini.

Anak yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh itu diambil sebaik sahaja dia meluahkan rasa inginnya untuk mempunyai cahaya mata di akaun Instagram (IG) miliknya.

Terbaharu, menerusi entri terkininya, Abby Abadi meminta jika ada mana-mana pihak atau ibu yang mempunyai masalah untuk melahirkan serta membesarkan bayi mereka supaya menghubunginya untuk dibantu.

Menurut Abby bayi yang baru lahir tidak minta dilahirkan untuk membawa masalah.

Malah dia meminta agar ibu-ibu yang tidak mahukan bayi yang dilahirkan supaya tidak sesuka hati membuang kerana ramai lagi pihak yang menginginkan cahaya mata.

#MuhammadDaiyanFayyadh ❤️ . Terima Kasih ALLAH untuk ini ? Seakan tak percaya Sekelip mata Sy & Suami ada dia . Tak pernah terfikir Untuk memiliki baby orang lain Bela macam anak sendiri Baby yg seakan jatuh dari langit ini Tapi Alhamdullillah Takdir ALLAH mengatasi segalanya . Anak ini tak minta dilahirkan MEREKA TAK BERSALAH Kalau ada yg sedang mengandung Tak menginginkan Rasa tak memerlukan Rasa tak berkemampuan Rasa terlebih anak dan sebagainya Ketahuilah Ada ramai lagi diluar sana Yang bertahun2 berusaha Untuk memiliki 'mereka' . Jadi janganlah dibuang merata Jangan dibunuh mereka Anak2 ini tak berdosa Setiap kesulitan Pasti ada jalan penyelesaiannya . Kalau yakin ALLAH Maha Mengetahui Sama2 kita perbaiki kekurangan sesama kita Kita ubah semua Jadi manusia yg lebih baik Dari hari2 sebelumnya . Manusia tak lari dari kesilapan Sekali silap Jangan tambah lagi kerosakan Dengan kesilapan yg lain pula . Love Yebby Yabadi Mama kepada semua anak2 yg orang taknak ? DM Sy ye jika bermasalah utk melahirkan, menjaga & memelihara baby2 anda. Pasti ada jalanNYA ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


Terdahulu, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun bersama Norman Hakim.

Namun mereka bercerai pada tahun 2008.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

Dia kemudian berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: IG Abby Abadi
#Abby Abadi #Anak Angkat #Buang Bayi