Laman Utama
“Doa Dan Harapan Saya Agar Kedua Mereka Saling Melengkapi” – Neelofa
Selebriti popular Neelofa, mendoakan kebahagiaan rumah tangga kakaknya Noor Nabila dan suami, Engku Emran.
Neelofa ketika turut memanjatkan rasa syukur kerana majlis dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.
“Hari ini merupakan hari bahagia kakak saya, Noor Nabila. Saya berasa sangat gembira melihat Nabila meraih bahagia.
“Saya berharap agar kebahagian yang dilimpahkan kepadanya akan kekal sampai bila-bila.
“Doa dan harapan saya agar kedua mereka saling melengkapi, dan semoga Allah SWT merahmati rumah tangga Nabila dan suami sehingga ke akhir nadi syurga,” katanya kepada Gempak.
Dengan sekali lafaz, Noor Nabila Mohd Noor, 36, sah bergelar isteri Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Pasangan pengantin dinikahkan adik pengantin perempuan Mohamed Aqief Mohd Noor di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada jam 10.02 pagi tadi (Jumaat).
Terdahulu, hubungan Noor Nabila dan Engku Emran menjadi perbualan hangat netizen walaupun tidak pernah mengesahkan mengenainya.
Keintiman mereka turut mendapat liputan media di Indonesia.
Nabila pada 31 Mac 2017 pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai pada 9 Julai tahun lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia tiga tahun.
Sementara itu Engku Emran pula mendirikan rumah tangga dengan pelakon Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya, 12.
Engku Emran dan Erra bercerai talak satu pada 18 Februari 2014 selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.
Ahli perniagaan tersebut kemudiaannya berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017, namun tidak dikurniakan anak.
Bagaimanapun kedua-dua mereka bercerai pada Julai tahun lalu.