Pelakon Ieda Moin mendedahkan dia telah membuat keputusan untuk terus memakai tudung sejak 4 Mei lalu.
Ketika dihubungi Gempak, Ieda meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dia mampu mencapai hasrat yang telah lama tersimpan di hati.
"Sebenarnya, saya sudah lama berhasrat untuk memakai tudung, sejak dua tahun lepas lagi saya sudah mula terfikir dan kerap memakainya, tetapi apa yang menghalang saya sebelum ini adalah komitmen kerja yang belum diselesaikan, kebanyakannya memerlukan imej saya yang tidak memakai tudung.
"Tetapi sejak perginya sahabat baik saya, Allahyarham Maya Ruslee dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita pada 18 Mac lalu, saya sudah mula rasa serba tak kena dan susah untuk tidur.
"Perkara-perkara sekeliling yang berlaku pada sekitar tarikh itulah yang menjadi penyebab saya membuat keputusan untuk memakai tudung," kata Ieda.
Dalam pada itu, Ieda juga gembira kerana beberapa pihak produksi menerima imej terbarunya itu dengan baik.
"Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh pihak produksi, mula-mula saya risau jika imej berhijab saya kurang sesuai dengan kehendak mereka, namun jangkaan saya ternyata salah, mereka menerima imej terbaru saya dengan baik malah, turut memberi sokongan.
"Kata mereka, apa yang paling utama adalah bakat saya, bukan aspek penampilan semata-mata," katanya lagi.
Ieda juga menegaskan, imej terbarunya itu adalah bukan atas dasar mengikut tren masa kini.
"Saya pakai tudung bukan ikut tren, biarlah niat itu datang ikhlas dari hati. Saya akan cuba perlahan-lahan untuk menyesuaikan diri dengan cara pemakaian terbaru ini.
"Dalam aspek kerjaya pula, saya menyerahkan semuanya kepada Allah SWT, saya yakin rezeki yang Dia berikan amat luas, jadi, saya tidak menganggap imej bertudung ini akan menjadi satu kekangan untuk saya membawa sesuatu watak dalam lakonan saya," ujarnya.
Tambah Ieda, penghijrahan yang telah dilakukan itu juga telah menggembirakan hati ibunya.
"Saya mendapat sokongan yang sangat positif dari suami, anak dan para peminat. Apa yang membuatkan saya rasa tersentuh adalah kata-kata dari ibu saya, dia ada meluahkan kegembiraannya melihat saya berhijab pada suami saya.
"Dia puji suami saya kerana mampu membimbing saya dengan baik, selain itu, dia juga bersyukur kerana doanya yang berharap saya terbuka hati untuk pakai tudung akhirnya dimakbulkan oleh Allah SWT," katanya.
Akhir kata daripada Ieda, dia mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan kenalan yang telah banyak memberikan sokongan terhadap dirinya.
"Saya mahu ucapkan terima kasih kepada peminat dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan terhadap saya terutamanya dalam penghijrahan saya ini, saya harap agar saya terus dikurniakan istiqomah yang teguh selepas ini," tuturnya menutup bicara.
Asraf Aided
Tue Jun 30 2020
Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"
Pelakon Chacha Maembong pula tampil menafikan dirinya terbabit dalam kemelut membabitkan Ruhanies, Aliff Aziz dan Bella Astillah seperti dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang tular sejak malam Rabu.
Filem SHERIFF Dengan Kutipan RM100 Juta? Zul Ariffin Buka Rahsia Hampir… | GMW Highlights
Siapa dah tengok filem SHERIFF? Kalau belum, korang memang rugi sebab filem ni memang terbaik! Dengar apa yang Zul share ni!
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
The Hardest Singing Show Bakal Cabar Kreativiti ‘Shownmanship’ Peserta!
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”
Emma akui kesilapannya.
Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?
Sekali lagi wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Nadeera Lantunkan Lagu 'Udara', OST Drama Bersiri Framed Lakonan Meerqeen & Mimi Lana
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin. Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul. Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegan
Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”
Siap ada yang pusing balik tau.
Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”
Usahawan, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red akui telah gagal untuk menjadi seorang suami yang baik kepada isteri-isterinya.