Laman Utama

“Doa Ibu Tiada Hijab”- Anak Nora Duduki SPM

gempak
Syafiqah Jalal
02/03/2022
05:48 MYT
Sponsor Banner
“Doa Ibu Tiada Hijab”- Anak Nora Duduki SPM
Anak kepada penyanyi Datuk Nora, Putri Nor Dahlia akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas peperiksaan pertama hari ini.
Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 48, berharap agar anak perempuannya itu diberi ketenangan dan dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan.
“Kini tiba masanya. Doa ibu tiada hijab.
“Sama-sama kita berdoa agar anak-anak kita diberikan ketenangan dalam menjawab semua soalan, mudahkan mereka, lapangkanlah dada mereka, semoga mereka beroleh kejayaan dunia akhirat,” katanya.
Nora memberitahu perkara tersebut di akaun Instagram miliknya
Menerusi entri berkenaan Nora turut memuat naik fotonya bersama anaknya itu.
Dalam masa yang sama, Nora turut mendoakan yang terbaik buat semua pelajar SPM.
“All the best buat semua anak-anak yang menduduki SPM bermula hari ini.
“Love you & good luck to my dear Putri Dahlia,” ujarnya.
Sekadar infor, Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Allahyarham Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung dan pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
Kini Nora mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live