Usahawan Syifa Melvin mengimbau kenangan ketika mengerjakan ibadah Umrah pada Februari lalu

Menerusi hantaran terbaharu Syifa di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur kerana segala hajatnya ketika itu dimakbulkan Allah.

“Februari 2022, saja menulis di sini sebagai kenangan, Alhamdulillah Umrah kali ini lain macam sikit.

“Doa semua on the spot dapat jawab. Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi tapi kenapa lah masih susah nak betul-betul berada pada jalan yang betul,” tulisnya pada kapsyen.

Tambahnya, biarpun diuji dengan keadaan kesihatan tidak mengizinkan, Syifa berdepan pengalaman menakjubkan sepanjang di Tanah Haram.

“Selain diberi nikmat, Syifa juga diuji dengan kesihatan, dekat situ Syifa nampak sangat keajaiban Allah.

“Sebenarnya dimana-mana pun kita boleh berdoa, tapi bila kita berada di tanah suci, kita punya level yakin tu level infinity. Kunci doa adalah yakin sahaja sebenarnya, pasti Allah akan kabulkan, percayalah.

“Semoga kita boleh taburkan keyakinan kita lepasni dengan lebih lagi bila kita berdoa. Semoga permintaan kita dikabulkan Allah, Aamin Ya Mujb,” tambahnya.

Terdahulu, Gempak melaporkan keberangkatan Syifa ke tanah suci Mekah bersama ahli keluarga kekasihnya yang juga merupakan pemain bola pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.

BACA: Syifa Melvin Tunai Umrah Bersama Keluarga Safawi Rasid – “Doakan Keselamatan Kami, Halalkan Semua…”

A post shared by SM (@syifamelvin)