Pelakon Fathia Latiff menafikan keputusannya untuk kembali memakai tudung untuk mencari publisiti atau mendapatkan tawaran berlakon.

Fathia sebaliknya menjelaskan 'penghijrahan' tersebut adalah urusan antara dirinya dengan Allah sahaja.

"Saya takut sebenarnya bila orang cakap saya nak pakai tudung sebab publisiti.

"Ramai rakan wartawan tanya tapi saya pun tak suka publisiti. Tapi mestilah saya kena kerjasama juga dengan mereka.

"Terpulang pada orang ramai nak percaya atau tidak, itu terpulang," katanya.



Menurut Fathia, secara jujurnya bukan mudah untuk dia menerima kecaman daripada netizen.

"Tapi saya dah selalu kena kecam. Siapa yang tak nak buat baik kan.

"Jujur saya cakap bukan senang. Saya akan cuba sedaya upaya bukan sebab orang lain tapi kerana Allah dan diri sendiri.

"Saya berdoa supaya tak buka tudung lagi lepas ni, tetap istiqomah dan doa baik-baik saja," katanya.

Fathia berkata demikian dalam program terbaru terbitan Astro Gempak, Lancaang Bethol.

Program berkenaan bersiaran setiap hari Khamis jam 10 malam.

Anda boleh lihat di sini untuk video penuh.

Untuk rekod, Fathia pernah mencetuskan kontroversi apabila kembali membuka tudung pada tahun lalu.

BACA: Tayang Foto Free Hair Di Instagram, Fathia Latiff Dah Buka Hijab?