“Doa, Usaha, Tawakal”- Adam Corrie Kongsi Tips Isteri Hamil Selepas 4 Kali Keguguran

Elrafaei Sapi
April 5, 2018 12:07 MYT
Setiap anak adalah anugerah tidak ternilai, begitu juga pelakon Adam Corrie Lee terbuka untuk berkongsi tips mendapatkan anak meskipun sudah berkahwin selama sedekad.
Secara ringkas, Adam menyatakan pasangan yang ingin menimang cahaya mata boleh mendapatkan rawatan atau merujuk dengan doktor pakar sakit puan di mana-mana hospital.
"Bagi saya semua tempat dan doktor pakar sakit puan terbaik. Saya jumpa 8 doktor pakar sakit puan. Semua ok dan terbaik," katanya berkongsi pengalaman isterinya di akaun Instagramnya, adamcorrielee, hari ini.
Tambahnya, isterinya turut menjalani rawatan seperti pcos, cyst, endometriosis dan tiub tersumbat untuk memudahkan kehamilan berlaku.
Paling penting, Adam berpesan jika bajet tidak mencukupi, boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
"Buat pemeriksaan suami isteri dengan doktor sakit puan untuk tahu sama ada ada masalah atau tidak.
"Jika ada masalah, ikut nasihat doktor. Apa rawatan yang sesuai dengan anda berdua," katanya.
Dalam perkongsian itu, Adam berpesan agar pasangan suami isteri tidak mengambil ubat suplemen tanpa saranan doktor.
"Saya mula berjumpa doktor pakar sakit puan sejak usia perkahwinan kami 2 tahun. Maksudnya selama 8 tahun buat rawatan dgn 8 doktor pakar.
"Tiada jalan pintas. Doa, usaha dan tawakal. Cepat atau lambat berserah pada Allah," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @adamcorrielee
#Adam Corrie Lee