,
Berita

"Doakan Arwah Ditempatkan Di Kalangan Orang-Orang Yang Beriman" - Bapa Zahid Meninggal Dunia

Badrul Hashim
19/03/2020
04:03 MYT
Semalam kita kehilangan sebutir bintang seni, penyanyi dan pelakon Myanaliza Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari akibat kanser.
Semalam juga dua orang selebriti tanah air kehilangan ahli keluarga mereka. Serina Redzuawan yang kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Norhayate Ayub yang meninggal dunia di Hospital Ampang akibat komplikasi buah pinggang dan jantung.
Bapa kepada Zahid, juara Akademi Fantasia musim kedua, Allahyarham Baharudin Md Arif juga meninggal dunia petang semalam di Hospital Teluk Intan, Perak.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Zahid memberitahu Allahyarham bapanya meninggal dunia pada pukul 4:16 petang semalam.
"Assalamualaikum wbt semua. Terima kasih atas ucapan takziah untuk arwah ayahanda saya Baharudin Md Arif yang meninggal dunia tadi pukul 4:16pm di Hospital Teluk Intan.
"Jenazah akan dikebumi besok pagi (hari ini) pada pukul 10 pagi di Tanah Perkuburan Sultan Abdullah, Jalan Merbok, Teluk Intan. Doakan arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman in shaa Allah, amin," kongsi Zahid di Instagramnya.
Ramai teman selebriti yang turut mengucapkan takziah kepada Zahid termasuklah bintang-bintang kelahiran Akademi Fantasia, rakan-rakan sekerja radio dan ramai lagi.
Empat hari sebelum itu, Zahid telah memuat naik satu entri meminta rakan-rakan dan peminat mendoakan untuk kesembuhan ayahnya.
"Doakan papa kembali sembuh seperti biasa ya kawan-kawan," tulis Zahid ringkas.
Gempak cuba menghubungi Zahid melalui aplikasi WhatsApp tetapi belum ada sebarang jawapan. Kami di Gempak ingin mengucapkan salam takziah buat Zahid sekeluarga serta sahabat handai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.