“Doakan Berjalan Lancar & Kesihatan Yang Baik” - 10 Ramadan Terakhir, Siti Nurhaliza Tunai Umrah
Mya Amri
25/04/2022 04:34 MYT
25/04/2022 04:34 MYT
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.
Lebih manis lagi, perjalanan ke Makkah itu jatuh pada 10 malam terakhir di bulan Ramadan.
Kunjungan Siti ke tanah suci turut ditemani oleh pengurusnya iaitu Rozi dan juga kakak iparnya yang merupakan penerbit drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Siti berkongsi video pendek bersama anak perempuannya, Siti Aafiyah sebelum berangkat ke Makkah.
"Perjalananku keranaMu ya Allah. Permudahkanlah dan jagalah keluargaku semua.
Buat yang mengenali saya, maaf zahir batin dan doakan umrah saya berjalan lancar, diberi kesihatan yang baik serta pulang dengan sihat dan selamat," coretnya.
Sementara itu, ruangan komen juga dipenuhi dengan ucapan rakan artis yang mendoakan Siti mendapat umrah yang mabrur.
Selain Siti, antara selebriti lain menunaikan umrah di bulan Ramadan adalah Datin Fouziah Gous, Nabil Ahmad, Bell Ngasri dan Puteri Sarah Liyana.
#Umrah
#Datuk Siti
#Datuk Seri siti Nurhaliza
#Makkah
#Tok
#Tanah suci
#Ramadan 2022
#Ti
#10 Ramadan Terakhir