Biarpun terikat dengan pelbagai komitmen kerja berkaitan nyanyian mahupun perniagaan, anak-anak tetap menjadi keutamaan penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Umum mengetahui beliau yang terlibat sebagai juri tetap program Big Stage 2022 hanya akan pulang ke rumah lewat malam hanya selepas setiap kali sidang media selesai.
Menemui pelantun Cinta Tak Berganti itu ketika rakaman Konsert Minggu Ini yang berlangsung di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini, beliau mengakui ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah dilakukan.
Apatah lagi dengan jadual kerjanya yang sangat padat, beliau harus memastikan dirinya kekal fokus dalam apa jua yang dilakukan dalam masa yang sama turut memberikan perhatian kepada keluarga terutamanya permata hati kesayangan, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
"Ikhlas saya kata, fasa ini memang fasa tak cukup tidur. Saya memang akan tidur dengan anak-anak saya. Kerja penat macam mana sekalipun, saya akan ambil Afwa untuk tidur dengan saya," ujarnya.
Menyentuh mengenai kerjaya seninya, penampilan Siti Nurhaliza pada rakaman konsert yang akan ditayangkan Syawal ini dimanfaatkan sebaiknya untuk kembali aktif memenuhi undangan nyanyian yang sentiasa menjadi cinta hati beliau yang pertama sungguhpun kini sibuk menguruskan perniagaan miliknya.
Mengakui rindu membuat persembahan di hadapan peminat tersayang usai rakaman konsert berakhir, Siti turut memberi bayangan hasratnya untuk mengadakan persembahan berskala besar tahun ini jika diberikan kesempatan.
"Insya-Allah, selepas raya nanti kita akan fikirkan tentang persiapan. Sebab kalau untuk konsert, saya memang akan fokuskan sebulan itu untuk latihan supaya stamina pun akan lebih terjaga.
"Doakan semoga agar impian saya untuk mengadakan konsert selepas raya atau hujung tahun nanti akan jadi kenyataan," tambahnya.
Bercakap mengenai album terbaharu, sekiranya segala berjalan lancar, beliau mahu buah tangan istimewa ini menemui peminat hujung tahun ini.
Buat masa ini, beliau masih lagi mengumpul material yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam album ini.
Dalam pada itu, Konsert Minggu Ini : Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan menemui peminat 7 Mei ini di TV2. - DHIYA AIZAT
Gempak
Sat Mar 26 2022


Korang Kaki Drama? Korang Berada Di Tempat Yang Betul!

"Dari Budak Nakal Sekarang Sudah Berkahwin" - Joe Flizzow Imbas Kisah Hidup Dalam Lagu Satu Malam Di Temasek
Lagu ini dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya bersama rakan seperjuangannya yang sangat berbakat, SonaOne.
.jpg?ext=.jpg)
Shuk Sahar Datang Mahkamah Syariah? Netizen; "Dia Yang Menyakiti Tapi Seolah Dia Disakiti"
Apa pun selepas ini semoga baik-baik sahaja

"Saya Pernah Berdepan Insan Narsis & Diperlakukan Dengan Teruk" - Elizabeth Tan
Elizabeth Tan dan Zynakal bergabung dalam lagu baru berjudul Narsis.
.jpg?ext=.jpg)
Peserta Ceria Popstar Xtra Menangis Kena Marah Mas Idayu, Ini Sebenarnya Yang Berlaku
Mas Idayu marah peserta

Peminat Mahu Pengarah Syahmi Sazli Jadi Pelapis Generasi Arwah Mamat Khalid - “Hang Boleh Pergi Jauh”
Memang ada potensi
.jpg?ext=.jpg)
“Usia Kandungan Memasuki 5 Bulan…”- Penyanyi Azzam Sham Kongsi Berita Isteri Hamil
Tahnaih Azzam dan Sheryl

Karaoke Superstar Minggu 4 - Highlight & Komen Juri
Amir Masdi! Otai masih berbisa dan Datuk Yusuf Haslam jadi juri di Episod 4 Karaoke Superstar kali ni guys! Jom enjoy! Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99/bln dan nikmati 60 HARI PERCUMA bila anda daftar secara online di astro.com.my

Musyi Terkejut Kena Serang Wanita Luar Kedai Makan - "Dia Warning Suruh Berhenti Menggatal Dengan Suami ..."
Alamak! Dah kenapa pula tu?
![[VIDEO] Usia 25 Tahun, Apa Maksud Lagu 'Mengintai Dari Tirai Kamar' Yang Dirakam Balik Ezad Lazim & Amsyar Lee? [VIDEO] Usia 25 Tahun, Apa Maksud Lagu 'Mengintai Dari Tirai Kamar' Yang Dirakam Balik Ezad Lazim & Amsyar Lee?](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/menintai-header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Usia 25 Tahun, Apa Maksud Lagu 'Mengintai Dari Tirai Kamar' Yang Dirakam Balik Ezad Lazim & Amsyar Lee?
Old school sangat lagu ni ey...